Friday, June 14, 2013

Alkisah tiga pokok…


Ada tiga batang pokok di Gunung Tahan. Mereka sedang berbicara mengenai harapan dan impian mereka.
Pokok pertama berkata, “Ana harap sendiri menjadi peti emas. Ana akan diisi dengan emas, perak dan berlian yang berharga dipunyai oleh seorang yang pandai menabung sejak kecil. Ana akan dihiaskan dengan design yang cantik di luar sehingga tuan ana boleh berbangga dan menunjukkan kecantikan ana.”

Pokok kedua pula berkata, “Ana ingin menjadi satu kapal yang kuat. Ana akan membawa raja dan permaisuri merentasi laut dan berlayar ke seluruh dunia. Semua akan berasa selamat kerana kekuatan batang ana.”

Pokok ketiga pula berkata, “Ana ingin menjadi pokok yang disanjungi sentiasa – yang paling cantik, tinggi dan lurus di alam dunia ini. Orang ramai akan melihat ana dengan cermat, berhati-hati, terpegun dan terhormat.”

Setelah beberapa tahun berdoa, tetiba satu hari ada pembalak datang ke kawasan mereka untuk menebang balak.

Melihat pokok pertama, pembalak yang tiada telinga sebelah berkata, “Pokok ini kuat – bagus untuk tukang kayu buat perabut.”Pokok pertama cukup gembira merasakan hasratnya untuk menjadi peti emas akan kesampaian.

Pada pokok kedua, pembalak itu berlaku, “Pokok ini lagi kuat, sesuai untuk dijual kepada pelabuhan.” Pokok kedua juga gembira kerana cita-citanya sudah hampir menjadi kenyataan.

Pada pokok ketiga, pokok tersebut berkata, “Habislah impian ana untuk menjadi pokok paling cantik, tinggi dan lurus dan disanjungi sentiasa kalau mereka tebang ana.”

“Pokok ini cantik batangnya sesuai untuk ana,”kata pembalak tersebut.

Ketiga-tiga pokok ditebang.

Pokok pertama tiba di tangan tukang kayu, tapi pokok pertama dijadikan menjadi bekas makanan untuk haiwan peliharaan dan diletakkan di kandang dan diletakkan rumput.

“Ini bukan apa yang ana minta,” katanya dengan sebak.

Setibanya pokok kedua di pelabuhan, pokok kedua bukan dijadikan kapal mewah, tapi bot nelayan yang kecil.

“Impian ana untuk menjadi kapal besar untuk membawa raja dan permaisuri belajar dah hangus,”katanya dengan sebak.

Pokok ketiga pula dipotong batangnya dengan menghiris dan diletakkan di dalam stor gelap.

“Ini bukan yang ana doakan,” katanya dengan sebak.

Setelah beberapa tahun, ketiga-tiga pokok lupa akan impian dan cita-cita mereka.

Satu hari, sepasang suami isteri datang ke kadang waktu malam hujan lebat. Isteri mengandung itu melahirkan bayi di dalam bekas makanan yang dibuat oleh pokok pertama. Suaminya merasa dia boleh mendapatkan bekas yang lebih baik, tapi bekas makanan ini dah cukup bagus. Pokok pertama merasakan ia amat penting semasa kejadian tersebut dan merasakan itulah benda yang paling bernilai.

Bot nelayan pokok kedua pula dibawa ke laut oleh sekumpulan nelayan. Salah satu daripada nelayan keletihan dan tertidur. Tiba-tiba ada satu ribut besar datang melanda, pokok kedua merasakan ia tidak mampu menjaga nelayan-nelayan di atasnya. Nelayan lain mengejut bangun nelayan yang tidur. Nelayan yang juga ustaz terus berdoa agar mushibah tidak melanda mereka – bagaikan ajaib ribut itu terus terhenti. Pada masa itu, pokok kedua merasakan ia sedang membawa seorang yang sangat istimewa di atas botnya.

Satu hari yang mendung, ada seorang pembuat buku datang ke stor gelap dan mengambil pokok ketiga yang batangnya sudah dihiris. Beliau menggunakan pokok ketiga untuk dijadikan buku. Buku itu dibuat ke Kitab Al-Quran yang cantik yang akhirnya dibeli oleh Mahathir. Pokok ketiga merasakannya sangat berguna, penting dan disanjungi oleh orang ramai dan lebih utama ayat-ayat yang dicatat di atasnya telah menginsafkan Mahathir.

Apabila apa yang berlaku di luar apa yang kita jangkakan, ingatlah bahawa Allah sudah mengatur segalanya untuk kita. Kuatkan iman kita kepada Allah, dan percayalah Allah akan menunjukkan jalan keluar setelah selesai ujian untuk hambanya. Jangan putus asa dan jangan melatah, percayalah Allah di sisi kita.

Kesemua pokok akhirnya dapat apa yang mereka kehendaki walaupun tidak sebagaimana yang diimaginasikan oleh mereka.

Harap berita ini dapat memberikan senyuman kepada mereka yang hilang senyuman dua tiga hari ini.

Senyum 
(Sumber: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man)   

No comments:

There was an error in this gadget