Thursday, October 3, 2013

Bagaimana Menjadi Orang Yang Berpegang Pada Pilihan?



Manusia ini boleh dibahagikan kepada dua kategori:

a. Orang yang melakukan apa yang dia katakan, kata apa yang dia lakukan.
b. Orang yang hanya bercakap tetapi tidak melakukan apa-apa.

Berapakah kalikah kita mendengar kata-kata seperti:

"Saya akan call semula" tapi mereka tidak.

"Saya akan bertambah fit" tapi makin hari makin bulat.

"Saya akan tolong jika mampu" tapi tak pernah datang tolong.

Apabila kita sendiri tidak mengambil serius kata-kata kita:
1. Orang akan hilang kepercayaan pada kita
2. Kita akan menjadi tidak jujur terhadap diri sendiri dan orang lain
3. Kita selalu terperangkap dalam situasi yang tidak diingini
4. Kita semakin benci diri sendiri
5. Kita membuat komitmen yang menyusahkan diri tanpa berfikir panjang...

Jika kita tidak memberi perhatian terhadap kata-kata kita, tiada orang yang memberi perhatian kepada kita.

Jika kita tidak boleh mempercayai diri kita, tiada orang yang akan mempercayai kita.

Contohnya, kita berjanji tidak akan lambat hadir ke mesyuarat, tapi setiap kali kita tetap lambat - selepas itu, dalam mesyuarat apa yang diutarakan kita pun tidak diendahkan orang, kerana kita tidak pernah mematuhi kata-kata kita.

Jika kita selalu boleh mengesan kekurangan komitmen daripada orang lain, sebenarnya kita juga mengalami kekurangan komitmen pada diri sendiri.

Maksudnya, manusia akan nampak bayang-bayang sendiri dengan lebih mudah.

Jadi, bagaimana untuk menjadi seorang manusia yang berpegang pada kata-katanya.

BUAT PILIHAN, MENGAKU PADA PILIHAN TERSEBUT, DAN TERUS BERPEGANG PADA PILIHAN TERSEBUT.

Jika kita tidak pasti akan sesuatu, jangan janji sewenang-wenangnya, dan tolaklah dengan berhemah.

Sebagai contoh, jiran kita mengajak pergi ke suatu tempat makan yang agak mahal - dan kita tidak berminat - jangan kata "Bagus idea itu. Saya rasa boleh ke sana." kerana mahu menjaga air muka, malu menolak walhal diri sendiri sememangnya tidak ingin pergi, dan akhirnya mungkir janji.

Lebih baik berterus-terang, katalah dengan baik, "Terima kasih menjemput, tapi saya tak dapat hadir petang ini."

Jika masa kita tidak menentu atau kita tidak pasti di manakah kita akan berada pada satu-satu tarikh, jangan sewenang-wenangnya tabur janji yang kita akan muncul.

Jika ada kawan yang bertanyakan samada kita boleh membantu beliau dalam sesuatu hal, dan kita tidak tahu samada kita boleh membantu atau tidak, jangan tabur janji.

Lebih baik kita berkata, "Tak tahu lagi, kalau saya dapat datang, saya akan telefon." Kalau kita jadi datang, ia menjadi situasi positif apabila kita memberitahu kita dapat hadir.

Ini lebih baik daripada berjanji "Ya, saya akan datang," tapi akhirnya kita tidak muncul dan terpaksa menelefon untuk memberitahu khabar buruk.

Sekadar perkongsian. SENYUM.

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
There was an error in this gadget