Saturday, October 31, 2009

RAYUAN SUMBANGSIH ( HARI KOKURIKULUM DAN KESIHATAN KELUARGA MMPG 09 )AN KESIH


MEJA SUMBANGSIH

1. VVIP : RM 500.00 ( 6 ORANG SATU MEJA )
3. VIP : RM 250.00 ( 6 ORANG SATU MEJA )
2. BIASA : RM 120.00 ( 8 ORANG SATU MEJA )

TARIKH : 6 OKTIOBER 2009
HARI : JUMAAT
MASA : 4.00 ptg KETIBAAN TETAMU DAN WARIS
4.30 ptg SOLAT ASAR BERJAMAAH
5.15 ptg KETIBAAN PERASMI YB. DR ISMAIL SALLEH EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH
5.30 ptg UCAPAN PENGERUSI MAJLIS/ PERASMIAN
6.00 ptg JAMUAN BERMULA / PERSEMBAHAN NASYID KUMPULAN ZUL FAQAR

MENCARI LEMBU UNTUK AQIQAH ( HARI KOKURIKULUM DAN KESIHATAN KELUARGA MMPG 09 )




Ust Lutfi Abd Aziz PK HEM MMPG terkejut jumpa kawan lama dok jaga lembu di Ladang Ternakan di Sik

Cg Ya sempat juga tengok - tengok kambing di Ladang Ternakan tersebut.
InsyaAllah inilah lembu yang bakal dikorbankan pada hari Kokurikulum dan Kesihatan Keluarga MMPG 2009 ini. Beratnya ialah hampir 400 kg. Pakat pakat mai la. Makan tengahari sepanjang program disediakan.

KEMERIAHAN HARI KOKURIKULUM SEMAKIN DIRASAI

Kedatangan Tok Ayah (panggilan mesra Ust Syazili ketua kumpulan Nasyid Wadi Al Jadid ) ke Maktab Mahmud Pendang baru baru ini bagi memebincangkan konsep nasyid yang akan dipersembahkan pada Malam Kesenian Islam sempena Hari Kokurikulum dan Kesihatan Keluarga MMPG 2009 pada 5 dan 6 oktober 2009 , pada hari khamis dan jumaat ini telah menunjukkan kesungguhan Wadi Al Jadid didalam medan dakwah melalui hiburan ini. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI JUMAAT MALAM SABTU INI JAM 9.00 MALAM



Friday, October 16, 2009

DOA UNTUKMU ANAKANDA..

Pada Khamis yang lalu, bertempat di Musolla Syeikh Abdul Majid telah berlangsung Majlis Bacaan Yaasin khusus untuk pelajar tingkatan 5 . Tujuan utama diadakan Majlis ini adalah untuk menyuntik semangat & motivasi kepada pelajar tingkatan 5 untuk menghadapi SPM yang bakal tiba . Selepas solat zohor berjemaah para waris & calon-calon SPM menyempurnakan pengisian seterusnya dengan membaca Surah Yaasin.

Harapan kita agar limpahan rahmat dari Allah Taala dikurniakan kepada semua yang bersungguh-sungguh bermunajat kepada-Nya. Tuan Pengetua sendiri yang menjadi Khalifah ketika bacaan Surah Yaasin. Terima kasih kepada semua yang hadir, semoga segala amalan yang dilaksanakan ini tersimpan di dalam catatan amal tuan-tuan & puan-puan.






RUMAH TERBUKA ASRAMA MMPG



Rabu-14 Oktober 2009 Asrama MMPG telah mengadakan " Rumah Terbuka Asrama MMPG ". Majlis ini diadakan sebaik sahaja warga MMPG selesai menunaikan " Puasa Syawal Bersama " yang telah dilancarkan oleh Ketua Warden Ustaz Mohammad Bushrol Hadi pada 4.10.2009 hingga 9.10.2009.
Tahniah kepada semua yang telah menyahut seruan ini, Terima kasih kepada semua pelajar Tingkatan 3 yang turut membantu menjayakan majlis ini.
Setelah selesai ucapan ringkas Pengetua dalam majlis ini, semua warga MMPG menikmati juadah yang disajikan . Antaranya satay, ketupat, lemang, nasi impit, lontong dan lain-lain.
Harapan agar majlis seperti ini dapat diadakn lagi pada masa depan.








Wednesday, October 14, 2009

MAJLIS MERAIKAN KEJAYAAN..

Badan Kebudayaan & Kesenian MMPG telah mengambil inisiatif bagi meraikan kejayaan kumpulan Nasyid Putera & Puteri dengan mengadakan Majlis Jamuan tengahari di Sala Klasik. Tuan Pengetua, PK Akademik, PK HEM, Guru-guru, Anggota-anggota Kumpulan Nasyid & Tetamu Khas kami Ustaz Zamri Al-Kandisi selaku juru latih seumur hidup MMPG semuanya hadir memeriahkan suasana..
Majlis diserikan dengan ucapan Tuan Pengetua & Ustaz Zamri Al-Kandisi dan Sir Majidi selaku pengerusi. Kemerduan ZulFaqar dan Kelunakan AisyatulHumaira' menambahkan lagi keenakan juadah dan selera tetamu. Syabas MMPG..
























Monday, October 5, 2009

TAHNIAH KUMPULAN NASYID MMPG 2009

Tahniah dan Syabas Diucapkan kepada Kumpulan ZulFaqar dan A'isYatul Humairak yang menjadi Johan Festival Nasyid Ma'ahad kali ke-3 tahun 2009 kategori Putera & Puteri. Jutaan Terima Kasih Kepada Mudarrib Nasyid MMPG Ustaz Zamri Al-Kandisi yang bertungkus lumus melatih Anak-Anak Putera & Puteri untuk mencapai kejayaan yang cemerlang serta tidak melupakan guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang memberi sokongan, dorongan dan sebagainya. Dengan Kerjasama yang padu & erat inilah terhasil kejayaan yang gemilang.


Kumpulan Zulfaqar



Kumpulan A'isyatul Humairak


There was an error in this gadget