Thursday, November 3, 2011

La Haula Wala Quwwata Illa Billah


Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)

La Haula Wala Quwwata Illa Billah bermaksud tidak ada daya dan kekuatan kecuali kekuatan Allah. La Haula Wala Quwwata Illa Billah juga boleh mengubati penyakit lupa. Syaitan juga memainkan peranan dalam membuatkan manusia lupa. Berzikirlah untuk mengingati Allah, ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan yang menyebabkan kita lupa.

Surah Mujadilah [19] Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah;

Semasa peristiwa Israk Mikraj, kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

Bahkan Allah jugalah yang memperjalankan Rasulullah s.a.w. pada malam itu. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daripadaNYa.

Surah Isra [1] Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Semasa menjawab azan, pada perkataan hayya alas-solah (marilah mengerjakan sembahyang), maka pada kalimah ini, hendaklah kita mengatakan “la haula wala quwwata illa billah”(tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah). Orang yang mendengar azan pun tidak mampu ke masjid sekiranya tidak ada pertolongan dari Allah. Oleh itu mintalah pertolongan darinya dengan menyebut “la hau la wala quwwata illa billah..

Sunday, October 9, 2011

HATI-HATI DENGAN HATI..




Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik penciptaan. Bermulanya dengan setitik air yang hina sehinggalah bergelar seorang insan bernama manusia. Diberikan pula berbagai-bagai nikmat yang tak ternilai banyaknya tanpa mengira siapa kita. Namun, kita sering lalai dan lupa untuk mensyukuri di atas anugerah yang dikurniakan, bahkan kita masih lagi berlumba-lumba mengejar kemewahan yang bersifat sementara itu.

Nikmat yang paling berharga dikurniakan kepada manusia ialah nikmat hati, yang merupakan raja segala gerak-geri dan tingkah-laku yang dipertontonkan oleh manusia. Hati yang diciptakan Allah semulia-mulia kejadian, di situlah akal manusia, di situlah buruk, baik, sihat, lemah manusia, di situlah segala-galanya.

Benarlah apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.

Hatilah punca segala-galanya. Jika tidak berpunca dari hati yang kotor, manusia tidak akan melakukan maksiat terhadap penciptanya. Namun, kita sentiasa tidak menghiraukan gelagat hati kita. Kita sering biarkan hati kita dikotori titik-titik hitam dan dihinggapi berbagai-bagai penyakit yang menjijikan. Lantas, hasilnya segala gerak-geri yang dipertontonkan melencong dari jalan yang dikehendaki Allah SWT.“

Al-Quran yang diturunkan kepada kita melalui insan agung SAW merupakan mukjizat yang tidak ada tolak bandingnya, bahkan ia juga sebagai ubat bagi mengubati hati yang berpenyakit. Dengan kita melazimi membacanya dan mentadabbur apa yang terkandung di dalamnya, akan memperolehi ketenangan hati yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai mengingati Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang”.



Begitu juga dengan mengosongkan perut dari terlalu kenyang akan mengubati segala penyakit yang tersemat dihati kerana dengannya hati akan beroleh kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT serta menjauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya”.

Sabda Rasulullah SAW lagi: “ janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”.


Seterusnya, diantara ubat bagi mengubati hati ialah dengan sentiasa bagun malam beribadat kepada Allah SWT kerana dengannya akan menjauhkan diri kita dari tipu daya syaitan dan menjauhkan dari melakukan dosa serta mendapat keredhoan dari Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa mengingati ummatnya: “ hendaklah kamu bangun malam ( beribadat ) walaupun hanya mengerjakan satu rakaat sembahyang ”.

Oleh itu, bagi memastikan hati kita dalam keadaan sentiasa bersih dari segala penyakit, hendaklah kita melazimi dengan membanyakan beribadat kepada Allah disepertiga malam kerana waktu itulah Allah SWT turun ke langit dunia bagi melihat siapa diantara hambanya yang berjaga malam, beribadat kepadanya.

Begitu juga, hati akan terubat dari segala penyakit dengan sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh. Ini akan menyebabkan sedikit sebanyak akan terikut dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan mereka yang sentiasa mengingati Allah SWT.

Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: “ Berkata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, wahai anakku, sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama ( orang-orang yang soleh ) dan dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat ”.

Berkata seorang hukama’ : “ Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sebuah kebun di atas dunia ini, barangsiapa yang masuk ke dalamnya maka bahagialah hidupnya. Kemudian ditanya padanya: “apakah kebun itu?, lantas dijawab bahawa kebun itu adalah majlis-majlis ilmu ( mengingati Allah ).

Begitulah di antara penawar-penawar yang digariskan oleh ulama bagi mengubati hati-hati kita dari segala penyakit yang menyebabkan gerak geri yang dipertontonkan oleh kita melencong ke arah kemurkaan Allah SWT. Mudah - mudahan kita digolongkan dikalangan hamba-hambanya yang sentiasa dalam keadaan hati bersih dari segala penyakit-penyakit yang menyebabkan kita lalai mengingati Allah SWT.

Friday, October 7, 2011

Mengharap Ma’sum Dari Orang Yang Tidak Ma’sum?

Anda Pernah Dikutuk?

Anda pernah dikutuk dan dicaci?
Dikatakan jahil?
Dikatakan jahat?
Dikatakan memandai-mandai?

Tersenyumlah. Bukan anda seorang sahaja yang pernah diperlekehkan. Saya juga pernah. Para ulama’ juga pernah. Rasulullah SAW juga pernah. Err, Allah SWT juga pernah.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.” (Surah al-An’am: 108).

Tatkala dikutuk, anda rasa terhina, marah dan geram?
Tersenyumlah. Orang yang mengutuk diri kita yang tidak ma’sum ini mungkin ikhlas ingin membetulkan kesalahan kita. Namun, kita tidak perlu merendahkan akhlak diri kita dengan meniru balik caranya itu. Tahanlah diri dari mengutuk balik. Tahanlah diri dari mencaci-maki. Tahanlah diri dari menghina semula.

Bicaramu Menusuk Kalbu

Berkata Prof. Syeik Dr. Yusuf al-Qaradhawi, “Islam telah mengajar kepada saya untuk menyalakan pelita dan tidak dengan asyik mengutuk-ngutuk kegelapan, dengan menjelaskan kebenaran dan bukan dengan asyik mencaci-maki kebatilan.”

Damainya kata-kata ini. Beliau berkata lagi, “Manhaj saya sepanjang hayat, saya harus membangun dan bukan menghancurkan, dan menghimpun bukan mencerai beraikan. Akan saya biarkan setiap orang memilih sesuai pilihannya.”

Lebih menyejukkan hati, beliau berkata, “ Saya tidak akan pernah memaksa orang lain untuk melakukan apa yang menjadi pendapat dan ijtihad saya. Sebagaimana mereka juga jangan sampai menyuruh saya mengambil pendapat dan ijtihad mereka. Jika Allah telah memerintahkan Rasul-Nya untuk berkata kepada orang-orang kafir dengan firman-Nya, “Untuk kalian agama kalian. Untukku agamaku.” (Al-Kafirun: 6), maka mengapa tidak saya katakan kepada saudara-saudara saya kaum muslimin, “Bagi kalian ijtihad kalian dan bagi saya ijtihad saya. Bagi saya amal saya dan bagi kalian amal kalian.”

Di Mana Penunggang Kuda yang Tidak Pernah Jatuh?

Wahai anak-anak muda yang berkobar-kobar,
Dengan kecanggihan teknologi yang membolehkan perbincangan kita dibaca oleh seluruh dunia hanya dalam beberapa saat, pelbagai perkara buruk dan baik tersebar cepat. Berhati-hatilah dengan perdebatan tanpa hujung sehingga terheret kepada perbuatan mencela-cela orang lain, apatah lagi mencela ulama’.

Anda kecewa dengan kesalahan insan yang anda kagumi?
Sama-sama kita renungi kata-kata Syeikh Al-Qaradhawi ini, “Sesungguhnya orang-orang yang menjatuhkan nama-nama ulama besar kerana sebahagian kesalahan yang mereka lakukan bukanlah orang-orang yang bersikap adil dan tidak pula termasuk orang-orang yang tepat dalam mengambil sikap. Sebab mereka menuntut kema’suman dari orang yang tidak ma’sum (terpelihara dari kesalahan). Di mana ada penunggang kuda yang tidak pernah jatuh? Di mana ada pedang yang tidak pernah tumpul? Di mana ada bendera yang terus berkibar?”
Jika ada insan yang kita iktiraf sebagai ulama’ itupun menunjukkan contoh suka mencela, ambillah kebaikan daripada ilmunya, hormati dia, sayangi dia, doakan dia dan tinggalkan perbuatan suka mencela itu, jangan diambil sekali. Begitu juga sikap kita terhadap ibu bapa, guru, rakan dan sesiapapun jua. Jika sikap suka ‘meraikan’ ini diaplikasi, dada kita sentiasa lapang dan berbahagia.

Pesan Syeikh Dalam Mensikapi Golongan Muda

Berkata Syeikh Al-Qaradhawi , “Sesungguhnya kekerasan tidak harus dihadapi dengan kekerasan. Hendaknya kita memperlakukan anak-anak muda yang penuh semangat itu dengan semangat kebapaan yang menyejukkan.

Jauh dari kata-kata kasar dan keras.
Tidak banyak menyalahkan mereka.
Jangan menghina mereka.
Jangan pula kita berbicara dengan mereka dari menara-menara yang tinggi menjulang dengan perasaan membanggakan diri kepada mereka atau berlepas diri dari mereka sehingga hanya akan menimbulkan jurang lebar antara kita dan mereka. Sehingga mereka tidak menaruh kepercayaan kepada kita dan tidak mahu mendengarkan perkataan kita.”

Ayuh, Ciptakan Sejarah!

Kita mungkin pernah buat salah dalam tugasan yang diberikan oleh guru atau pensyarah.
Kita mungkin pernah buat salah dalam melaksanakan arahan ibu dan ayah.
Ketika baru bertatih di dunia kerjaya, mungkin kita banyak buat salah.
Dalam hidup ini, betul dan salah adalah lumrah. Kita tidak dapat lari daripadanya. Positif pada lumrah kehidupan ini akan menjadikan kita terus bersemangat untuk meneruskan langkah, biarpun kita pernah, sedang atau akan membuat salah.

Maka:
Jangan buat salah!
Jangan terlalu kecewa andai tersalah.
Jangan takut nanti salah.
Jangan ulangi perkara salah.
Jangan pula merasakan diri tidak pernah salah.
Jangan cepat mengutuk orang yang bersalah.
Jangan mencari-cari pada orang lain perbuatannya yang salah.

Syeikh al-Qaradhawi berpesan agar memenuhi kalbu kita dan anak-anak kita dengan iman, cita-cita dan tekad serta percaya sepenuhnya kepada Allah SWT dan kepada diri kita sendiri. Kita harus membebaskan dari dari mengharap adanya seorang pemimpin yang mendapat wahyu, seorang pemimpin yang tidak pernah salah. Sedangkan bersandar kepada kekuatan rakyat itulah yang akan melahirkan sejarah. Ayuh!!!

Wednesday, September 21, 2011

MAJLIS BACAAN SURAH YAASIN DAN SOLAT HAJAT MENJELANG PEPERIKSAAN


MAJLIS BACAAN SURAH YAASIN DAN SOLAT HAJAT MENJELANG PEPERIKSAAN

Bacaan surah Yaasin dipimpin oleh Tuan Pengetua MMPG Ustaz Thalal Bin Mustaffa.




Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada waris-waris yang hadir. Semoga kejayaan menjadi milik semua.

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2011 BERSAMA WARIS



RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2011 BERSAMA WARIS













Monday, September 19, 2011

TIDUR BUKAN SEKADAR MEMEJAMKAN MATA

Sering saya nasihatkan anak-anak (remaja) dengan nasihat yang diberikan oleh guru-guru saya. Antaranya, jika teratur tiga perkara ini maka teraturlah hidup kamu. Tiga perkara itu adalah waktu solat, waktu makan dan waktu tidurmu. Alam remaja, alam yang begitu dinamik, aggresif dan ‘adventurous’ – alam transisi yang serba kemungkinan. Remaja tidak suka diatur…Pada waktu itu sering peraturan dianggap satu ‘kekalutan’.

Namun, anak-anakku dengar pesan ini… atur ketiga-tiga perkara ini. Atur solat demi kesihatan jiwa mu. Atur makan demi kesihatan badan mu. Dan atur tidur demi kesegaran dan ketangkasan minda, fizikal dan mentalmu. Kali ini beri laluan untuk saya bercakap tentang tidur…kerana… TIDUR BUKAN SEKADAR MEMEJAMKAN MATA.

Dalam Al-Quran, Allah SWT telah menyatakan bahawa malam Allah khususkan untuk tidur. Jadi, kita gunakanlah masa itu untuk tidur. Ini fitrah asal manusia. Manusia perlukan tidur sepertimana manusia perlukan makanan, minuman dan lain-lain. Tidak ada manusia yang sanggup melawan fitrahnya.

Jika kita melawannya, juga kita akan kalah. Jadi, tidak hairanlah tanpa tidur pada waktu malam kita akan keletihan pada siang hari. Dari segi kesihatan pula tidur yang cukup adalah asas dalam kesihatan badan. Manusia normal memerlukan 6 hingga 8 jam tidur dalam sehari.

Masalahnya, ada remaja yang suka berjaga larut malam. Istilah yang selalu kita gunakan untuk mereka ini ialah, ‘kutu embun’. Malam-malam mereka gunakan untuk aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti lumba haram, bergaul bebas, berbual kosong, video games, dan sebagainya. Percayalah… ini memudaratkan. Seeloknya, tidur awal dan bangun awal. Manfaatkan waktu selepas Subuh yang berkat itu.

Manusia selepas Isyak dikatogerikan kepada tiga. Pertama, yang mengisi malam-malamnya dengan aktiviti yang berfaedah seperti menelaah pelajaran, berbincang sesuatu yang bermanfaat dan lain-lain amal kebaikan. Mereka ini mendapat pahala.

Yang kedua, mereka yang melakukan perkara-perkara harus seperti dan terus tidur., mereka ini tidak memperolehi apa-apa, berdosa pun tidak berpahala pun tidak. Tetapi yang malangnya ialah mereka yang menggunakan waktu dengan aktiviti-aktiviti maksiat, maka mereka ini berdosa. Jadi, gunakanlah akal dan hati kita untuk menimbang, kita ini dalam golongan yang mana?

Remaja punya tanggungjawab asasi, maka dahulukan dan utamakanlah tanggungjawab yang asasi. Apakah tanggungjawab yang utama? Ya kebanyakannya para remaja masih belajar. Setelah itu, jika ada masa, ada tenaga dan ada kesempatan maka eloklah dibuat amalan-amalan sunat seperti qiamullail dan sebagainya. Cuma harus diingatkan bahawa keutamaan tetap pada menuntut ilmu, jangan sampai kita bangun untuk solat tahajjud pada malam harinya tetapi mengantuk hingga tidak dapat belajar dengan baik pada esok paginya.

Itu kurang tepat! Kewajiban belajar lebih utama daripada sembahyang sunat. Tapi ingat… yang saya katakan ialah solat sunat, tetapi jika solat wajib tidak ada kompromi. Ia wajib dilaksanakan dalam apa jua keadaan. Jangan tinggalkan solat wajib. Solat Subuh misalnya, jangan sekali-kali ditinggalkan atas alasan tidak cukup tidur…

Masa yang diperuntukan untuk tidur sekurang-kurangnya 6 jam yakni ¼ daripada umur kita. Ertinya jika kita hidup 40 tahun, 10 tahun telah dihabiskan untuk tidur. Pertama, hendaklah kita jaga niat, kaedah serta adab-adabnya. Sebelum tidur hendaklah kita niatkan untuk mendapat kerehatan, agar kita dapat bangun untuk solat Subuh pada hari keesokkannya. Sebaik-baiknya kita berwudhuk.. Air wudhuk itu akan menyejukkan hati kita, merehatkan emosi kita dan menstabilkan fikiran kita. Bacalah doa tidur, yang maksudnya, segala puji Allah yang menghidupkan dan mematikan daku.

Ya, menyentuh soal ini teringat pesanan yang pernah disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada isterinya Siti Aishah RA. Baginda diriwayatkan telah berkata, wahai Aishah, janganlah engkau tidur sehingga kau melakukan 4 perkara ini, pertama, setelah habis membaca seluruh isi Al-Quran. Kedua, mengambil aku dan para Nabi sebagai penolongmu di hari kiamat. Ketiga, sehingga semua orang Islam redha dan memaafkanmu. Keempat, hingga kau selesai mengerjakan umrah.

Apabila Saiyidatina Aishah bertanya bagaimana? Rasulullah SAW menjelaskan bahawa jika kita tidak membaca surah Al-Ikhlas 3 kali samalah fadhilat dengan membaca keseluruhan isi Al-Quran. Bila kita berselawat ke atas nabi Muhammad SAW dari para nabi yang lain, maka mereka nanti akan membela keadaan kita di hari kiamat. Bila kita beristighfar dan memohon ampun untuk orang mukmin maka mereka juga akan redha terhadap kita kelak. Dan dengan membaca Allah hu Akhbar, Alhamdullilah, dan Subhanallah, samalah pahalanya seperti kita mengerjakan umrah.

Kemudian tidurlah dengan baik, seeloknya mengiring dengan pipi mengiring ke kanan dan muka menghadap kiblat. Kalau terlentang, letakkan kaki kanan di atas kaki kiri. Itu sebelum atau awal-awal nak tidur.. dan apabila sudah tidur tentulah gaya bebas (kita tidak ingat apa-apa lagi). Tapi, elakkan daripada tidur meniarap, Rasulullah melarang sahabatnya tidur meniarap kerana itu gaya tidur ahli neraka.

Ya, itulah sebahagian cara tidur dalam Islam. Jika kita lakukan Insya-Allah Allah akan redha kepada kita sepanjang waktu kita tidur itu. ertinya , Allah kurniakan pahala. Begitulah pemurah-Nya Allah, Dia Maha Pengasih kepada kita. Jadi, bagi remaja apa salahnya kalau kita tidur dengan adab-adab yang saya sebutkan tadi.. Siapa tak mahu, rehat pun dapat.. Jika 40 tahun kita hidup, 10 tahun kita mengaut pahala dalam tidur sahaja.

Pada keseluruhannya, kisah ini membuktikan kehebatan dan kekuasaan Allah. Pertama, Allah mampu menidurkan seorang manusia lebih lama daripada biasa. Ertinya, hukum biologi dan fisiologi telah Allah batalkan dalam kes ini. Logiknya, tanpa makanan, tanpa pergerakan, dan tanpa buang air, tentulah pemuda-pemuda itu akan mati.

Kedua, ini membuktikan betapa Allah membela pemuda-pemuda yang beriman dengan cara yang cukup mudah. Iaitu cara tidur. Bayangkan Raja dan bala tenteranya telah memburu pemuda-pemuda beriman ini untuk dibunuh.. mereka begitu terdesak. Tetapi kuasa Allah telah menidurkan mereka. Setelah mereka bangun semuanya telah berubah. Inilah bantuan yang telah Allah berikan untuk orang-orang yang beriman.

Dalam Al-Quran Allah telah menyatakan bahawa Dia tidak rasa mengantuk apatah lagi tertidur. Ertinya, Allah sentiasa berjaga. Dia tidak letih, tidak rasa lapar, tidak rasa bosan, dan tidak rasa sakit sepertimana manusia. Mengantuk ini melambangkan kekurangan dan kelemahan, Maha Suci Allah daripada sebarang kelemahan dan kekurangan. Oleh itu, atas sifat-sifat kesempurnaan-Nya, Allah tidak tidur walaupun sedikit.

Ada banyak jenis tidur…ada yang tidur mati. Ini tidur habis-habisan. Tak sedar diri. Macam orang mati. Orang ini kalau kita ingin kejutkan tak boleh main panggil, tapi kena gegar, kena siram baru boleh. Kalau tidur ayam, kejap tidur, kejap tidak,. Mudah terjaga , tertidur tetapi macam tidak tidur. Tidur ayam ini lawan kepada tidur mati tadi.

Apa maksud saya menceritakan dua jenis tidur ini? Tidur ini lambang kelemahan insan. Kalau tidur mati tadi, kalau orang datang nak bunuh senang sahaja. Manakala, yang tidur ayam pula bahaya juga, kalau pandu kereta Insya-Allah akan menemui kemalangan. Jadi, di sinilah rasionalnya Allah itu tidak tidur. Allah sentiasa dalam keadaan jaga kerana perjalanan alam ini dan seluruh makhluknya sangat bergantung kepada-Nya.

Allah diperlukan oleh setiap makhluk pada setiap masa dan ketika. Penglihatan, pendengaran dan lain-lain sifat kesempurnaan Allah sentiasa berperanan. Allah tidak perlukan tidur, kerana Dia Maha Kuat dan tidak perlu berehat. Pernah diceritakan bagaimana pada suatu ketika Nabi Musa AS pernah terdetik bagaimana kalau Allah tertidur… Ini bukan soal keraguan hati tetapi sekadar lintasan hati.

Untuk menjawabnya, Allah memerintahkan Nabi Musa membawa segelas susu dan menunggu-Nya di suatu tempat. Lama benar Nabi Musa menunggu akhirnya baginda mengantuk, dan bila mengantuk, segelas susu di tangannya pun terlepas dan lalu pecah.. Ketika itulah Allah menjelaskan bahawa keadaan itulah yang akan terjadi kepada dunia dan segala isinya jika Allah tertidur. Maha Suci Allah!

Pencuri, perompak dan lain-lain jenis penjenayah, selalunya mengambil kesempatan sewaktu orang lain sedang tidur atau alpa. Begitu juga orang orang yang melakukan maksiat, selalunya secara sorok-sorok. Misalnya, pada waktu malam, di tempat tersembunyi, ketika ‘black out’ dan sebagainya.

Ini semua kerana mereka ini ingin mengelakkan diri daripada penglihatan dan pendengaran orang. Tetapi, sebaliknya, jika mereka yakin bahawa Allah tidak tidur, sentiasa berjaga, sentiasa melihat dan mendengar, maka mereka tidak akan berani melakukan kejahatan. Walaupun orang lain sudah tidur, lampu telah terpadam, hari telah gelap…tetapi mereka yang benar-benar yakin bahawa Allah tidak tidur, tetap tidak akan melakukan kejahatan. Inilah kesannya kalau kita benar-benar yakin yang Allah itu tidak tidur..

Manusia begitu lemah. Pada ketika yang dia hendak berjaga, adakalanya dia mengantuk dan terlelap. Ada masanya dia hendak tidur, tetapi mata terus berjaga dan gelisahlah dia kerana tidak boleh tidur. Tidur itu sesungguhnya adalah separuh daripada kematian – kerana orang yang tidur tidak mampu mempertahankan diri daripada sebarang bahaya. Esok paginya apabila dia terjaga, dia seolah-olah dihidupkan semula.

Justeru Rasulullah mengajar kita berdoa dengan lafaz ini sebaik bangun daripada tidur… Segala pujian bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami (tidur). Dan kepadaNyalah kami akan dikembalikan. Ya, tidur itu sayugianya mengingatkan kita kepada kematian yang hakiki, kemudian kita akan dibangkitkan semula menuju padang perhimpunan yang besar… Padang Mahsyar. Di sanalah nanti kita semua akan dikembalikan dan dihimpunkan.

Awas anak-anak ku, jangan leka, jangan alpa…mungkin tidur mu nanti adalah tidur yang selama-lamanya.Sudahkah kita bersedia?

sumber: GENTA RASA

Wednesday, September 7, 2011

Adab Murid Terhadap Guru Mengikut Imam al-Ghazali..



  1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
  2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
  5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
  6. Jangan mengumpat pelajar lain.
  7. Jangan berbisik di hadapan guru.
  8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
  9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
  11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
  12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
  13. Jangan duduk tempat guru.
  14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
  16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
  17. Muliakan anak-anak guru.
  18. Selalu berhubung dengan guru.
  19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
  20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.
p/s= Semoga generasi yang bakal lahir dari Maktab Mahmud Pendang, merupakan generasi yang berakhak dan beradab mulia.

Ameen, Ya Robb.....

Thursday, August 4, 2011

La khauf! Pena disebalik palang besi

Melalui blog bintul rizq..


Seandainya Adolf Hitler tidak dipenjarakan pada tahun 1924, mungkin tidak akan ada Nazi yang menakluk Eropah dan membunuh jutaan orang Yahudi. Ketika di penjara setelah gagal melakukan gelombang reformasi yang dipimpinnya, Hitler menulis karya besarnya, Mein Kampf, yang akhirnya menjadi buku panduan untuk Jerman menjadi kuasa terbesar Perang Dunia Kedua.

Memang, karya-karya besar dalam sejarah peradaban manusia lahir dari gerakan fikiran dan jiwa penulisnya.

Dari situlah lahir gagasan besar yang menggoncang sejarah.

James W. Pennebaker, seorang psikologis, dalam bukunya Opening Up: The Healing Power of Expressing Emotions (1990), mengatakan ketika manusia berdepan dengan cabaran getir dan pahit, mereka akan menjadi lebih kreatif dan melahirkan sesuatu yang luar biasa dari fikiran dan jiwa mereka. Apatah lagi jika cabaran getir itu diharunginya ketika berada di penjara, tentulah segala tumpuan konsentrasi berkumpul dan bergejolak dalam dirinya.

Mungkin saja fizikal mereka terseksa namun jiwa dan minda mereka terus hidup dan menerangi orang lain!

Itulah yang kita rasakan apabila membaca karya-karya Pradmoedya Ananta Toer yang cukup menyentuh hati dengan mengangkat tema martabat kemanusiaan, kemerdekaan dan keadilan.

Sebahagian besar karya Pradmoedya dihasilkan di dalam penjara. Karya-karya besarnya, Nyanyi Sunyi Seorang Bisu, Bumi Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langkah dan Rumah Kaca ditulisnya ketika di penjara Pulau Buru.

Memang ramai pemikir Indonesia yang menulis semasa berada di penjara.

Mohammad Hatta ketika di penjara Glodok tahun 1934. Hatta sempat menulis beberapa penulisan penting. Di penjara Glodoklah Muhammad Hatta menghasilkan buku masyhur komentarnya mengenai Krisis Ekonomi dan Kapitalisme.

Pada awalnya Hatta ragu sama ada buku tersebut dapat disempurnakan kerana ada peraturan yang tidak membenarkan kertas dibawa masuk ke dalam penjara. Namun, ternyata buku itu dapat diterbitkan pada tahun 1934. Hatta kemudiannya semakin aktif menulis ketika dia dibuang ke Digul. Di situlah Hatta menulis karya yang cukup sinonim dengannya iaitu Alam Fikiran Yunani.

Begitu juga dengan Tan Malaka, dalam biografinya, Tan Malaka: Dari Penjara ke Penjara. Tan menceritakan kesukarannya menulis karya besarnya, Madilog yang ditulis secara sembunyi-sembunyi yang akhirnya mengakibatkannya kurang rujukan ke perpustakaan.

Pemikir dan pemimpin gerakan Islam tersohor, As-syahid Sayyid Qutb pernah mengatakan, berada di penjara sebenarnya adalah ‘masa rehat’ untuk kita menulis ‘sesuatu yang besar’. Di penjara Mesirlah, Sayyid Qutb menulis karya tafsirnya yang cukup berpengaruh, Tafsir Fi Zhilalil Quran yang disebut oleh pengkritik buku sebagai kerja-kerja kesusasteraan dari penjara yang paling istimewa yang pernah dihasilkan.

Sayyid Qutb menyelesaikannya sebelum dihukum gantung oleh mantan Presiden Mesir, Gamal Abdul Nasser pada tahun 1966. Kitab tafsir ini ditulis dengan kekuatan daya hafalan penulisnya. Situasi buruk dan penyeksaan dalam penjara tidak menghalang Sayyid Qutb untuk menulis!

Di Iraq, pemikir besar Syiah, Ayatullah Muhammad Baqir Sadr juga melalui pengalaman yang sama dengan Sayyid Qutb di mana dia dipenjarakan oleh regim pemerintahan Saddam ketika itu, sehinggalah dibunuh dengan kejam di penjara. Di sinilah Baqir Sadr menulis empat jilid buku ekonomi bertajuk Iqtisadunna yang membahas secara mendalam persoalan-persoalan ekonomi moden dan bagaimana sistem ekonomi Islam mampu memberikan jawapan dalam konteks ekonomi kapitalis. Baqir Sadr meninggal dunia dalam usia muda iaitu 42 tahun.

Di Amerika Syarikat (AS) pula, seorang wartawan Afro-Amerika, Mumia Abu Jamal dihukum mati pada tahun 1982 kerana tuduhan membunuh seorang anggota polis. Bertahun-tahun dia berada di penjara, walaupun kemudian bukti-bukti menunjukkan dia bersalah tidak pun ditemui. Mumia kemudiannya menjadi lambang gerakan anti perkauman di AS.

Selama di penjara Pennsylvania, Mumia menghasilkan sekumpulan tulisan yang akhirnya dibukukan dalam dua buah buku, Live From Death Row dan All Things Censored. Tulisan-tulisannya dianggap setaraf dengan tulisan Marthin Luther King Jr. yang menulis sewaktu di penjara bertajuk Letters From Birmingham Jail.

Manakala bagi pembaca buku-buku psikologi, tentu sekali akan mengingati Viktor Frankl, seorang berbangsa Yahudi yang diseksa di dalam penjara maut di zaman pemerintahan Nazi. Frankl terselamat dari penjara maut dengan berpura-pura mati dan dia berteori bahawa sesungguhnya seseorang dapat memutuskan bagaimana suatu keadaan akan mempengaruhi dirinya. Kita tidak semestinya pasrah pada keadaan. Bukunya, Man’s Search for Meaning berdasarkan pengalaman di penjara dianggap antara sumbangan penting kepada ilmu psikologi.

Penjara memang sebuah tempat yang cukup menyeksakan tetapi juga sebuah tempat kondusif bagi seorang penulis. Kerana di dalam penjara, manusia akan terpaksa berani menyendiri, berada dalam kesepian dan keterasingan, dan hal-hal sebegini yang harus terjadi dalam proses menulis.

Menulis adalah suatu perlakuan seni yang merangkum fikiran dan jiwa, bahkan suatu pertapaan. Untuk itu, kesepian harus dialami bukan hanya secara rohani tetapi juga secara ‘badani’ (fizikal). Orang yang tidak berani ‘menyepi’ tidak mungkin menjadi penulis yang baik. Bak kata seorang penulis, Barbara Turchman bahawa, “menulis adalah profesion yang bersendirian”!

Ayuh! Teruskan menulis dengan pena….

Tuesday, July 5, 2011

5 B4 5


Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, iaitu masa muda mu sebelum dtgnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum dtgnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum dtg saat kematian" ...



Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah
luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak
bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Monday, June 27, 2011

IBU..


Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan hati terpagut rasa sayu mengenangkan betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu, penulis terpanggil untuk berkongsi coretan yang berkaitan kasih ibu..

Kasih dan sayangnya ibu terhadap anak sukar digambarkan kerana perasaan ini adalah kurniaan Allah kepada seorang wanita yang bergelar ibu.Keperitan dan kesusahan yang dirasai oleh ibu ketika mengandung dan membesarkan anak juga tidak dapat dibayangkan sehingga seseorang itu sendiri menjadi ibu.Oleh itu, penghormatan terhadap ibu perlu diutamakan berbanding hak kepada seorang bapa.

Perkara ini berasaskan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya:

Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu.
Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu.
Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu.
Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.
Begitulah kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Betapa mulianya seorang ibu hinggakan Nabi Muhammad meletakkannya sebagai pihak ketiga yang perlu dihormati selepas Allah dan Baginda.
Kita juga pernah mendengar kata-kata, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Begitu pentingnya kita menghormati ibu bagi mendapat keredaan Allah.

Islam menentang keras penganutnya menyergah atau menyakiti ibu sendiri, sekalipun dengan perkataan ah! Apa lagi, sekiranya seorang ibu itu dimaki-hamun atau disisihkan oleh anaknya sendiri.Allah berjanji bahawa setiap orang yang melakukan penderhakaan akan diberi pembalasan setimpal dengan perbuatan mereka sama ada di dunia atau akhirat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Riwayat Nasa'i, Bazzar dan al-Hakim).

Al-Hakim juga meriwayatkan hadis Baginda yang bermaksud : Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.Dua kisah berikut cukup untuk mengingatkan kita supaya menghormati, menyayangi dan melebihkan ibu. Ia patut dijadikan iktibar supaya tidak sekali-kali menderhakai ibu.

l- Kisah yang berlaku kepada ahli ibadat daripada keturunan Bani Israel bernama Juraij.Beliau berhadapan dengan fitnah besar hanya kerana mementingkan sembahyang sunat daripada menyahut panggilan ibunya.Akhirnya, beliau difitnah oleh seorang pelacur yang mendakwa mereka ada hubungan sulit hingga melahirkan anak. Mujurlah dengan kekuasaan Allah, bayi itu boleh bercakap dan menceritakan siapakah bapanya yang sebenar.

2- Kisah Alqamah yang berlaku pada zaman Rasulullah juga perlu diinsafi kita supaya tidak menjadi anak derhaka.Hanya kerana anaknya melebihkan isteri daripada dirinya, ibu Alqamah tidak mahu memaafkan anaknya hingga tertahan ketika sakratul maut.Rasulullah kemudian menyatakan sekiranya si ibu tidak mahu memaafkan anaknya yang sedang nazak itu, maka anak itu akan dibakar hidup-hidup.Membayangkan kesengsaraan anaknya yang akan dibakar hidup-hidup, hati si ibu menjadi luluh dan cair. Seterusnya, memaafkan dosa dan kesalahan anaknya.Akhirnya, Alqamah meninggal dunia dengan mendapat kemaafan ibunya dan mati dalam husnu al-khatimah.


Seseorang anak juga sewajarnya memahami tabii kehidupan manusia iaitu ibu bapa mereka akan tiba ke peringkat usia tua, tiada kekuatan, semakin lemah, memerlukan penjagaan dan mudah tersinggung.Kesedaran ini boleh dijadikan garis panduan untuk menjaga dan memberi layanan lebih mesra kepada ibu bapa seperti belaian kasih mereka kepada anak-anak ketika kecil.Islam turut menentang keras warga tua dijadikan mangsa maki-hamun.
Dalam aspek ini, penghormatan tidak saja ditekankan kepada ibu bapa tetapi mereka yang lebih muda perlu juga menghormati golongan yang lebih tua.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan, dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, yang bermaksud :Sesungguhnya sebesar-besar dosa, apabila seorang lelaki mengutuk ibu bapanya. Ramai orang berasa takjub bagaimana seorang yang cukup akalnya, beriman kepada Allah boleh mengutuk ibu bapanya, padahal merekalah yang menyempurnakan kehidupan anak.Lantas Baginda ditanya : Bagaimana seorang itu mengutuk ibu bapanya?Jawab baginda : Apabila orang itu memaki-maki ayah orang lain, lalu orang lain itu membalas maki ayahnya. Kemudian dia memaki-maki ibu orang lain, lalu orang lain itu membalas maki ibunya!

Nabi Muhammad pernah bersabda bermaksud: Sesiapa ketika paginya mendapat keredaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya, jika ketika pagi lagi sudah menyakiti hati ibu bapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka.

Ibu bapa orang yang wajib kita hormati dan taati. Perintah mentaati kedua-duanya jelas termaktub dalam al-Quran dan hadis. Buatlah apa yang disuruh asalkan suruhan itu tidak menjurus kepada sesuatu yang mungkar.Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik orang tua dianggap sebagai derhaka. Menderhaka kepada ibu bapa dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga, meskipun banyak beribadat Allah.Allah tidak menerima ibadat orang yang derhaka kepada ibu bapa.

Dalam satu hadis, Nabi Muhammad ada bersabda, keredaan Allah bergantung kepada keredaan kedua-dua ibu bapa. Ini bermakna jika ibu bapa suka kepada kita, Allah turut meredai kita. Sebaliknya, jika mereka marah dan berkecil hati kepada kita, Allah turut memurkai kita.
Diriwayatkan, pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah mengenai perangai ibunya yang suka meminta-minta kepadanya.Baginda marah dan menempelak sahabat itu dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta, malahan dalam dirinya sendiri ada hak ibu bapanya.Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini.

Oleh itu, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat.Jika mereka masih hidup, layanlah mereka dengan sebaik mungkin.Tetapi jika sudah meninggal dunia, selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya.Buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka akan menerima pahala itu.

Ingatlah pesanan Rasulullah :
Khabarkan berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibu bapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah mengampuni mereka.Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibu bapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya.

Marilah kita merenung sepotong ayat ayat al-Quran menerusi ayat 14 surah Luqman :
“Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu ! kepadaKu tempat kembali”. (Lukman:14).


Sesungguhnya binasalah mereka yang mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut usianya, sedangkan mereka tidak dapat berbakti kepada keduanya lalu perkara tersebut menjadi ujian kepada anak-anak tadi yang menyebabkan mereka terhalang daripada mencium Syurga Allah.

Ingatlah firman Allah ini : Ertinya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain daripadaNya dan kepada kedua ibu bapa hendaklah berbuat baik. Dan kalau salah seorang diantara keduanya telah mencapai usia tua, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya ‘cis’ dan janganlah engkau menengking keduanya, tetapi hendaklah engkau berkata kepada keduanya dengan perkataan yang hormat. Dan turunkanlah sayap merendahkan diri terhadap keduanya dengan belas kasihan dan katakanlah: Tuhanku, kasihanilah kiranya keduanya, sebagaimana keduanya telah membelaku dengan penuh kasih saying semasa aku kecil.” (Al-Isra’: 23-24).

Sebenarnya kita tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi.Oleh sebab itu, untuk membalas jasa mereka, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat samaada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia.Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan sebaik-baik mungkin.

Fahamilah hakikat bahawa, setiap kita adalah anak dan setiap kita juga dalam masa yang sama sebagai seorang ayah.Sebagaimana kita mahukan anak-anak kita berbakti kepada orang tuanya, begitulah halnya dengan kemahuan kedua orang tua kita.Rebutlah peluang menjaga dan memelihara mereka khususnya semasa mereka telah lanjut usia.

Janganlah biarkan hati mereka tertutup untuk tinggal atau singgah dirumah kita disebabkan layanan yang kurang menarik terhadap mereka.Akhir sekali kepada ibu, semoga kasih sayang yang diberi membawa anak ke syurga, kerana syurga adalah tempat idaman yang diidam-idamkan oleh seluruh mereka yang bergelar.

Kepada anak pula, kasihlah ibu tanpa berbelah bagi, kerana kasih sayang terhadap ibu itu dan sebaliknya akan membawa anda ke syurga.

Tuesday, May 24, 2011

CARA MENGAHAFAL AL-QURAN



"Barang siapa yang sibuk membaca Al Qur'an dan dzikir kepada Ku dengan tidak memohon kepada Ku, maka ia Aku beri sesuatu yang lebih utama dari pada apa yang Aku berikan kepada orang yang minta". Kelebihan firman Allah atas seluruh perkataan seperti kelebihan Allah atas seluruh makhlukNya".

(Hadith Qudsi, Diriwayatkan Dari Abu Sa'id Al Khudri ra, Hadits ditakhrij oleh Turmudzi)

Assalamualaikum warohmatullahi Wabarokatuh,

Saya berbahagia saat ini Anda telah mulai membaca untuk menjemput Inspirasi dan Ilmu dicatatan Ini, Semoga Allah memberikan keinginan yang kuat kepada Hati Antum untuk menyelesaikan membaca Catatan Ini Hingga Tuntas, Cara Praktis Menghafal Al Quran bukan teori teori asal yg saya ciptakan. Ini merupakan Ilmu yang terhitung Langka dari seorang Imam dan Khatib masjid Nabawi - Madinah. Yang ana modifikasi ke bentuk Note/Catatan FaceBook agar bisa dibaca siapa saja. Dan Alhamdulillah Saat Ini Antum adalah Orang orang terpilih Yang telah Allah Pilih Untuk Menjemput Hidayah Nya.

"Sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari Al Qur'an dan mengajarkannya. (HR. Bukhari)

Ikwahfillah,

Suatu waktu dalam hari kita, kita suka dihinggapi rasa Jenuh dan Bosan, padahal Kita masih punya banyak Hal yg belum terselesaikan? Masih banyak Hafalan Qur'an yg terlupakan? Oleh karenanya, sajian Ana kali Ini adalah Khusus untuk menyentuh sudut Itu.


TEORI BERIKUT AKAN MENUNTUN ANTUM UNTUK HAFIDZ QUR'AN DALAM 1 TAHUN, INSHA ALLAH, SILAHKAN IKUTI SAMPAI TUNTAS

Segala puji Bagi Allah Rabb semesta alam, shalawat dan salam semoga terlimpahkan kepada Nabi kita Muhammad Shalallahualaihi Wassalam.

Dalam tulisan ini akan kami kemukakan cara termudah untuk menghafalkan alquran. Keistimewaan teori ini adalah kuatnya hafalan yang akan diperoleh seseorang disertai cepatnya waktu yang ditempuh untuk mengkhatamkan al-Quran.

Teori ini sangat mudah untuk dipraktekan dan insya Allah akan sangat membantu bagi siapa sajayang ingin menghafalnya. Disini akan kami bawakan contoh praktis dalam mempraktekannya:

Misalnya saja jika anda ingin menghafalkan Surat An-Nisa, maka anda bisa mengikuti teori berikut ini:

1- Bacalah ayat pertama 20 kali:

ŁŠَŲ§ Ų£َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ُ Ų§ŲŖَّŁ‚ُŁˆŲ§ Ų±َŲØَّŁƒُŁ…ُ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠ Ų®َŁ„َŁ‚َŁƒُŁ…ْ Ł…ِŁ†ْ Ł†َŁْŲ³ٍ ŁˆَŲ§Ų­ِŲÆَŲ©ٍ ŁˆَŲ®َŁ„َŁ‚َ Ł…ِŁ†ْŁ‡َŲ§ Ų²َŁˆْŲ¬َŁ‡َŲ§ ŁˆَŲØَŲ«َّ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُŁ…َŲ§ Ų±ِŲ¬َŲ§Ł„Ų§ ŁƒَŲ«ِŁŠŲ±ًŲ§ ŁˆَŁ†ِŲ³َŲ§Ų”ً ŁˆَŲ§ŲŖَّŁ‚ُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠ ŲŖَŲ³َŲ§Ų”َŁ„ُŁˆŁ†َ ŲØِŁ‡ِ ŁˆَŲ§Ł„Ų£Ų±ْŲ­َŲ§Ł…َ Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁƒَŲ§Ł†َ Ų¹َŁ„َŁŠْŁƒُŁ…ْ Ų±َŁ‚ِŁŠŲØًŲ§

2- Bacalah ayat kedua 20 kali:

ŁˆَŲ¢ŲŖُŁˆŲ§ Ų§Ł„ْŁŠَŲŖَŲ§Ł…َŁ‰ Ų£َŁ…ْŁˆَŲ§Ł„َŁ‡ُŁ…ْ ŁˆَŁ„Ų§ ŲŖَŲŖَŲØَŲÆَّŁ„ُŁˆŲ§ Ų§Ł„ْŲ®َŲØِŁŠŲ«َ ŲØِŲ§Ł„Ų·َّŁŠِّŲØِ ŁˆَŁ„Ų§ ŲŖَŲ£ْŁƒُŁ„ُŁˆŲ§ Ų£َŁ…ْŁˆَŲ§Ł„َŁ‡ُŁ…ْ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ų£َŁ…ْŁˆَŲ§Ł„ِŁƒُŁ…ْ Ų„ِŁ†َّŁ‡ُ ŁƒَŲ§Ł†َ Ų­ُŁˆŲØًŲ§ ŁƒَŲØِŁŠŲ±ًŲ§

3- Bacalah ayat ketiga 20 kali:

ŁˆَŲ„ِŁ†ْ Ų®ِŁْŲŖُŁ…ْ Ų£َŁ„Ų§ ŲŖُŁ‚ْŲ³ِŲ·ُŁˆŲ§ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŁŠَŲŖَŲ§Ł…َŁ‰ ŁَŲ§Ł†ْŁƒِŲ­ُŁˆŲ§ Ł…َŲ§ Ų·َŲ§ŲØَ Ł„َŁƒُŁ…ْ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„Ł†ِّŲ³َŲ§Ų”ِ Ł…َŲ«ْŁ†َŁ‰ ŁˆَŲ«ُŁ„Ų§Ų«َ ŁˆَŲ±ُŲØَŲ§Ų¹َ ŁَŲ„ِŁ†ْ Ų®ِŁْŲŖُŁ…ْ Ų£َŁ„Ų§ ŲŖَŲ¹ْŲÆِŁ„ُŁˆŲ§ ŁَŁˆَŲ§Ų­ِŲÆَŲ©ً Ų£َŁˆْ Ł…َŲ§ Ł…َŁ„َŁƒَŲŖْ Ų£َŁŠْŁ…َŲ§Ł†ُŁƒُŁ…ْ Ų°َŁ„ِŁƒَ Ų£َŲÆْŁ†َŁ‰ Ų£َŁ„Ų§ ŲŖَŲ¹ُŁˆŁ„ُŁˆŲ§

4- Bacalah ayat keempat 20 kali:

ŁˆَŲ¢ŲŖُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł†ِّŲ³َŲ§Ų”َ ŲµَŲÆُŁ‚َŲ§ŲŖِŁ‡ِŁ†َّ Ł†ِŲ­ْŁ„َŲ©ً ŁَŲ„ِŁ†ْ Ų·ِŲØْŁ†َ Ł„َŁƒُŁ…ْ Ų¹َŁ†ْ Ų“َŁŠْŲ”ٍ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُ Ł†َŁْŲ³ًŲ§ ŁَŁƒُŁ„ُŁˆŁ‡ُ Ł‡َŁ†ِŁŠŲ¦ًŲ§ Ł…َŲ±ِŁŠŲ¦ًŲ§

Kemudian membaca 4 ayat diatas dari awal hingga akhir menggabungkannya sebanyak 20 kali.

6- Bacalah ayat kelima 20 kali:

ŁˆَŁ„Ų§ ŲŖُŲ¤ْŲŖُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ų³ُّŁَŁ‡َŲ§Ų”َ Ų£َŁ…ْŁˆَŲ§Ł„َŁƒُŁ…ُ Ų§Ł„َّŲŖِŁŠ Ų¬َŲ¹َŁ„َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł„َŁƒُŁ…ْ Ł‚ِŁŠَŲ§Ł…ًŲ§ ŁˆَŲ§Ų±ْŲ²ُŁ‚ُŁˆŁ‡ُŁ…ْ ŁِŁŠŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ§ŁƒْŲ³ُŁˆŁ‡ُŁ…ْ ŁˆَŁ‚ُŁˆŁ„ُŁˆŲ§ Ł„َŁ‡ُŁ…ْ Ł‚َŁˆْŁ„Ų§ Ł…َŲ¹ْŲ±ُŁˆŁًŲ§

7- Bacalah ayat keenam 20 kali:

ŁˆَŲ§ŲØْŲŖَŁ„ُŁˆŲ§ Ų§Ł„ْŁŠَŲŖَŲ§Ł…َŁ‰ Ų­َŲŖَّŁ‰ Ų„ِŲ°َŲ§ ŲØَŁ„َŲŗُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł†ِّŁƒَŲ§Ų­َ ŁَŲ„ِŁ†ْ Ų¢Ł†َŲ³ْŲŖُŁ…ْ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُŁ…ْ Ų±ُŲ“ْŲÆًŲ§ ŁَŲ§ŲÆْŁَŲ¹ُŁˆŲ§ Ų„ِŁ„َŁŠْŁ‡ِŁ…ْ Ų£َŁ…ْŁˆَŲ§Ł„َŁ‡ُŁ…ْ ŁˆَŁ„Ų§ ŲŖَŲ£ْŁƒُŁ„ُŁˆŁ‡َŲ§ Ų„ِŲ³ْŲ±َŲ§ŁًŲ§ ŁˆَŲØِŲÆَŲ§Ų±ًŲ§ Ų£َŁ†ْ ŁŠَŁƒْŲØَŲ±ُŁˆŲ§ ŁˆَŁ…َŁ†ْ ŁƒَŲ§Ł†َ ŲŗَŁ†ِŁŠًّŲ§ ŁَŁ„ْŁŠَŲ³ْŲŖَŲ¹ْŁِŁْ ŁˆَŁ…َŁ†ْ ŁƒَŲ§Ł†َ ŁَŁ‚ِŁŠŲ±ًŲ§ ŁَŁ„ْŁŠَŲ£ْŁƒُŁ„ْ ŲØِŲ§Ł„ْŁ…َŲ¹ْŲ±ُŁˆŁِ ŁَŲ„ِŲ°َŲ§ ŲÆَŁَŲ¹ْŲŖُŁ…ْ Ų„ِŁ„َŁŠْŁ‡ِŁ…ْ Ų£َŁ…ْŁˆَŲ§Ł„َŁ‡ُŁ…ْ ŁَŲ£َŲ“ْŁ‡ِŲÆُŁˆŲ§ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِŁ…ْ ŁˆَŁƒَŁَŁ‰ ŲØِŲ§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų­َŲ³ِŁŠŲØًŲ§

8- Bacalah ayat ketujuh 20 kali:

Ł„ِŁ„Ų±ِّŲ¬َŲ§Ł„ِ Ł†َŲµِŁŠŲØٌ Ł…ِŁ…َّŲ§ ŲŖَŲ±َŁƒَ Ų§Ł„ْŁˆَŲ§Ł„ِŲÆَŲ§Ł†ِ ŁˆَŲ§Ł„Ų£Ł‚ْŲ±َŲØُŁˆŁ†َ ŁˆَŁ„ِŁ„Ł†ِّŲ³َŲ§Ų”ِ Ł†َŲµِŁŠŲØٌ Ł…ِŁ…َّŲ§ ŲŖَŲ±َŁƒَ Ų§Ł„ْŁˆَŲ§Ł„ِŲÆَŲ§Ł†ِ ŁˆَŲ§Ł„Ų£Ł‚ْŲ±َŲØُŁˆŁ†َ Ł…ِŁ…َّŲ§ Ł‚َŁ„َّ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُ Ų£َŁˆْ ŁƒَŲ«ُŲ±َ Ł†َŲµِŁŠŲØًŲ§ Ł…َŁْŲ±ُŁˆŲ¶ًŲ§

9- Bacalah ayat kedelapan 20 kali:

ŁˆَŲ„ِŲ°َŲ§ Ų­َŲ¶َŲ±َ Ų§Ł„ْŁ‚ِŲ³ْŁ…َŲ©َ Ų£ُŁˆŁ„ُŁˆ Ų§Ł„ْŁ‚ُŲ±ْŲØَŁ‰ ŁˆَŲ§Ł„ْŁŠَŲŖَŲ§Ł…َŁ‰ ŁˆَŲ§Ł„ْŁ…َŲ³َŲ§ŁƒِŁŠŁ†ُ ŁَŲ§Ų±ْŲ²ُŁ‚ُŁˆŁ‡ُŁ…ْ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُ ŁˆَŁ‚ُŁˆŁ„ُŁˆŲ§ Ł„َŁ‡ُŁ…ْ Ł‚َŁˆْŁ„Ų§ Ł…َŲ¹ْŲ±ُŁˆŁًŲ§

10- Kemudian membaca ayat ke 5 hingga ayat ke 8 untuk menggabungkannya sebanyak 20 kali.

11- Bacalah ayat ke 1 hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.

Demikian seterusnya hingga selesai seluruh al Quran, dan jangan sampai menghafal dalam sehari lebih dari seperdelapan juz, agar tidak berat bagi anda untuk mengulang dan menjaganya.


BAGAIMANA CARA MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA?

Jika anda ingin menambah hafalan baru pada hari berikutnya, maka sebelum menambah dengan hafalan baru, maka anda harus membaca hafalan lama dari ayat pertama hingga terakhir sebanyak 20 kali juga hal ini supaya hafalan tersebut kokoh dan kuat dalam ingatan anda, kemudian anda memulai hafalan baru dengan cara yang sama seperti yang anda lakukan ketika menghafal ayat-ayat sebelumnya.


BAGAIMANA CARA MENGGABUNG ANTARA MENGULANG(MURAJA'AH) DAN MENAMBAH HAFALAN BARU?

Jangan sekali-kali anda menambah hafalan tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya, karena jika anda menghafal alquran terus-menerus tanpa mengulangnya terlebih dahulu hingga bisa menyelesaikan semua Al Quran, kemudian anda ingin mengulangnya dari awal niscaya hal itu akan terasa berat sekali, karena secara tidak disadari anda akan banyak kehilangan hafalan yang pernah dihafal dan seolah-olah menghafal dari nol, oleh karenaitu cara yang paling baik dalam meghafal al quran adalah denganmengumpulkan antara murajaah (mengulang) dan menambahhafalan baru.

Anda bisa membagi seluruh mushaf menjadi tigabagian, setiap 10 juz menjadi satu bagian, jika anda dalam sehari menghafal satu halaman maka ulangilah dalam sehari empat halaman yang telah dihafal sebelumnya hingga anda dapat menyelesaikan sepuluh juz, jika anda telah menyelesaikan sepuluh juz maka berhentilah selama satu bulan penuh untuk mengulang yang telah dihafal dengan cara setiap hari anda mengulang sebanyak delapan halaman.

Setelah satu bulan anda mengulang hafalan, anda mulai kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua lembar tergantung kemampuan, dan mengulang setiap harinya 8 halaman sehingga anda bisa menyelesaikan 20 juz, jika anda telah menghafal 20 juz maka berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulang, setiap hari anda harus mengulang 8 halaman, jika sudah mengulang selama dua bulan, maka mulailah menghafal kembali setiap harinya satu atau dua halaman tergantung kemampuan dan setiap harinya mengulang apa yang telah dihafal sebanyak 8 lembar, hingga anda bisa menyelesaikan seluruh al-qur an.

Jika anda telah menyelesaikan 30 juz, ulangilah 10 juz pertama secara tersendiri selama satu bulan setiap harinya setengah juz, kemudian pindahlah ke 10 juz berikutnya juga setiap harinya diulang setengah juz ditambah 8 halaman dari sepuluh juz pertama, kemudian pindahlah untuk mengulang sepuluh juz terakhir dengan cara yang hampir sama, yaitu setiap harinya mengulang setengah juz ditambah 8 halaman dari 10 juz pertama dan 8 halaman dari 10 juz kedua.

BAGAIMANA CARA MENGULANG AL-QURAN (30 JUZ)SETELAH MENYELESAIKAN MURAJAAH DIATAS?

Mulailah mengulang al-qur an secara keseluruhan dengan cara setiap harinya mengulang 2 juz, dengan mengulangnya 3 kali dalam sehari, dengan demikian maka anda akan bisa mengkhatamkan al-Quran setiap dua minggu sekali. Dengan cara ini maka dalam jangka satu tahun insya Allah anda telah mutqin (kokoh) dalam menghafal al qur an, dan lakukanlah cara ini Selama satu Tahun.

APA YANG DILAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL QURAN SELAMA SATU TAHUN?

Setelah menguasai hafalan dan mengulangnya dengan itqan (mantap) selama satu tahun, jadikanlah al qur an sebagai wirid harian anda hingga akhir hayat, karena itulah yang dilakukan oleh Nabi Shalallahu Alaihi Wassalam semasa hidupnya, beliau membagi Al Qur an menjadi tujuh bagian dan setiap harinya beliau mengulang setiap bagian tersebut, sehingga beliau mengkhatamkan al-quran setiap 7 hari sekali.

Aus bin Huzaifah rahimahullah; "Aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah bagiamana cara mereka membagi al qur an untuk dijadikan wirid harian? Mereka menjawab: "Kami kelompokan menjadi 3 surat, 5 surat, 7 surat, 9 surat, 11 surat, dan wirid mufashal dari surat qaaf hingga khatam ( al Qur an)

(HR. Ahmad).

Jadi mereka membagi wiridnya sebagai berikut:

- Hari pertama: membaca surat "al fatihah" hingga akhir surat"an-nisa",

- Hari kedua: dari surat "al maidah" hingga akhir surat "attaubah",

- Hari ketiga: dari surat "yunus" hingga akhir surat "an-nahl",

- Hari keempat: dari surat "al isra" hingga akhir surat "alfurqan",

- Hari kelima: dari surat "asy syu'ara" hingga akhir surat"yaasin",

- Hari keenam: dari surat "ash-shafat" hingga akhir surat "alhujurat",

- Hari ketujuh: dari surat "qaaf" hingga akhir surat "an-naas".

Para ulama menyingkat wirid nabi dengan al-Qur an menjadikata: " Fami bisyauqin ( ŁŁ… ŁŠ ŲØ Ų“ŁˆŁ‚ ) ", dari masing-masing huruf tersebut menjadi symbol dari surat yang dijadikan wirid Nabi pada setiap harinya maka:

- huruf "fa" symbol dari surat "al fatihah", sebagai awal wirid beliau hari pertama,

- huruf "mim" symbol dari surat "al maidah", sebagai awal wirid beliau hari kedua,

- huruf "ya" symbol dari surat "yunus", sebagai wirid beliau hari ketiga

- huruf "ba" symbol dari surat "bani israil (nama lain dari suratal isra)", sebagai wirid beliau hari keempat,

- huruf "syin" symbol dari surat "asy syu'ara", sebagai awal wirid beliau hari kelima,

- huruf "wau" symbol dari surat "wa shafaat", sebagai awal wirid beliau hari keenam,

- huruf "qaaf" symbol dari surat "qaaf", sebagai awal wirid beliau hari ketujuh hingga akhir surat "an-nas".

Adapun pembagian hizib yang ada pada al-qur an sekarang ini tidak lain adalah buatan Hajjaj bin Yusuf.


BAGAIMANA CARA MEMBEDAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (MIRIP) DALAM AL-QUR AN?

Cara terbaik untuk membedakan antara bacaan yang hampir sama (mutasyabih) adalah dengan cara membuka mushaf lalu bandingkan antara kedua ayat tersebut dan cermatilah perbedaan antara keduanya, kemudian buatlah tanda yang bisa untuk membedakan antara keduanya, dan ketika anda melakukan murajaah hafalan perhatikan perbedaan tersebut dan ulangilah secara terus menerus sehingga anda bisa mengingatnya dengan baik dan hafalan anda menjadi kuat (mutqin).



KAIDAH DAN KETENTUAN MENGHAFAL:

1- Anda harus menghafal melalui seorang guru atau syekh yang bisa membenarkan bacaan anda jika salah.

2- Hafalkanlah setiap hari sebanyak 2 halaman, 1 halaman setelah subuh dan 1 halaman setelah ashar atau maghrib, dengan cara ini insya Allah anda akan bisa menghafal al-qur an secara mutqin dalam kurun waktu satu tahun, akan tetapi jika anda memperbanyak kapasitas hafalan setiap harinya maka anda akan sulit untuk menjaga dan memantapkannya, sehingga hafalan anda akan menjadi lemah dan banyak yang dilupakan.

3- Hafalkanlah mulai dari surat An-nas hingga surat al baqarah (membalik urutan al Qur an), karena hal itu lebih mudah.

4- Dalam menghafal hendaknya menggunakan satu mushaf tertentu baik dalam cetakan maupun bentuknya, hal itu agar lebih mudah untuk menguatkan hafalan dan agar lebih mudah mengingat setiap ayatnya serta permulaan dan akhir setiap halamannya.

5- Setiap yang menghafalkan al-quran pada 2 tahun pertama biasanya akan mudah hilang apa yang telah ia hafalkan, masa ini disebut masa "tajmi'" (pengumpulan hafalan), maka jangan bersedih karena sulitnya mengulang atau banyak kelirunya dalam hafalan, ini merupakan masa cobaan bagi para penghafal al-qur an, dan ini adalah masa yang rentan dan bisa menjadi pintu syetan untuk menggoda dan berusaha untuk menghentikan dari menghafal, maka jangan pedulikan godaannya dan teruslah menghafal, karena meghafal al-quran merupakan harta yang sangat berharga dan tidak tidak diberikan kecuali kepada orag yang dikaruniai Allah swt,

Akhirnya kita memohon kepada-Nya agar termasuk menjadi hamba-hamba-Nya yang diberi taufiq untuk menghafal dan mengamalkan kitabNya dan mengikuti sunnah nabi-Nya dalam kehidupan yang fana ini.

Amin ya rabal 'alamin

Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib masjid Nabawi)

Penerjemah :Team Indonesia,

Murajaah : Abu Ziyad

Allahuakbar! Allahuakbar !! Allahuakbar!!

Mari kita sama sama Berjuang Untuk segera Menyandang Gelar Al-Hafidz dan Hafidzah,

Tidak Ada yang mustahil, insha Allah

Banyak dari kita di usia 40 tahun belum Hafal Quran

dan Ribuan anak usia 10 tahun di palestina Hafidz..

Ini adalah Contoh..

Tidak ada kesuksesan tanpa Kesungguhan dan Istiqamah..

Mari Kita Mulai dari Sekarang..

Saat ini..

Semoga Allah menguatkan Kita,

Amiin

"Orang yang pandai membaca Al Qur'an akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti, dan yang membaca tetapi sulit dan terbata-bata maka dia mendapat dua pahala".

(HR. Bukhari dan Muslim)