Friday, September 11, 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR, SMRAMM & SPM

Pada tanggal 16.8.2009 telah bermula peperiksaan percubaan PMR. Semua pelajar telah memberi komitmen yang tinggi terhadap Peperiksaan tersebut. Objektif utama peperiksan adalah untuk menilai tahap pencapaian pelajar yang bakal menduduki peperiksaan yang sebenar.





Peperiksaan Percubaan Sijil Menengah Rendah Agama Maktab Mahmud ( SMRAMM ) telah bermula setelah berakhir Peperiksaan Percubaan PMR.SMRAMM ialah peperiksaan yang dikhususkan kepada pelajar Tingkatan Empat di Maktab Mahmud Negeri Kedah dan tujuan peperiksaan ini diadakan untuk melayakkan pelajar-pelajar tersebut melanjutkan pelajaran mereka ke Tingkatan Enam ( STAM ). Selain daripada itu , SMRAMM juga dapat membantu pelajar-pelajar menguasai Matapelajaran yang berteraskan Bahasa Arab.






Pelajar-pelajar Tingkatan Lima yang bakal menghadapi Peperiksaan pada tahun ini, kini sedang menduduki Peperiksaan Percubaan SPM yang telah bermula pada 1.9.2009 hingga 28.9.2009. Semoga Peperiksaan ini membantu calon-calon SPM bersedia menghadapi peperiksaan yang sebenar.



No comments:

There was an error in this gadget