Saturday, January 31, 2009

Kecemerlangan Adalah Ketaatan Kepada Allah


Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, guru yang paling baik dan penunjuk kebenaran kepada jalan ilmu.

Kecemerlangan dalam pelajaran mempunyai kepentingan yang amat besar dalam kehidupan muslimin. Bukankah para ulama Islam telah memberikan cahaya kepada alam ini melalui ilmu-ilmu mereka yang cemerlang seperti Ibnu Sina, al-Khawarizmi, Ibnu al-Nafis dan lain-lain. Oleh itu, setiap orang daripada kita hendaklah bertanya dirinya: Kenapa aku perlu cemerlang? Dia juga hendaklah bertanya, kenapa aku tidak cemerlang?

Bagi menjawab soalan ini, kita mendengar banyak jawapan yang dikemukakan oleh orang. Tetapi seorang muslim mempunyai jawapannya yang tersendiri kerana dia memiliki objektif yang mulia:

1. Saya mahu cemerlang kerana Allah: Ya! Saya mahu cemerlang kerana Allah, kerana Allah swt berfirman dalam surah al-An‘am ayat 162 yang bermaksud: “Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” Maka seseorang muslim mengetahui bahawa seluruh kehidupannya adalah kerana Allah. Antara kehidupannya ialah pelajaran, ilmu dan kecemerlangannya.

2. Saya mahu cemerlang kerana keluarga dan kedua ibu bapa saya: Antara cara saya berbuat baik kepada kedua ibu bapa saya ialah dengan menggembirakan mereka. Alangkah besarnya kegembiraan dan kebahagiaan mereka jika saya cemerlang dan berjaya mendapat markah paling tinggi.

3. Saya mahu cemerlang kerana diri saya sendiri: Setiap muslim mempunyai matlamat dalam kehidupannya. Jika dia mempunyai matlamat dan cita-cita yang tinggi, maka matlamat dan cita-citanya itu tidak akan tercapai melainkan dengan kecemerlangan.

4. Saya mahu cemerlang kerana ingin mengembalikan keagungan Islam: Mengembalikan keagungan Islam? Ya! Kerana ingin mengembalikan keagungan Islam. Keagungan Islam dahulu adalah melalui ilmu dan para ulama. Keagungan ini tidak akan datang kembali melainkan melalui para ulama yang benar, beriman dan ikhlas kerana Islam dan umat Islam, ulama dan ilmuan dalam pelbagai bidang yang bermanfaat.

Beberapa Pesanan Sebelum Mengulangkaji Pelajaran

Wahai sahabat-sahabat yang dikasihi! Marilah sama-sama kita lakukan sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan:

1. Mengerjakan sembahyang hajat dua rakaat sebelum mengulangkaji agar Allah memberikan pertolonganNya kepada kita.

2. Membaca al-Quran sebelum memulakan ulangkaji, kerana ia akan menjauhkan syaitan daripada kita dan wajah kita akan dipenuhi dengan cahaya al-Quran.

3. Mulakan dengan berdoa.

4. Buatlah perancangan terlebih dahulu, seperti menentukan apakah subjek-subjek yang akan diulangkaji, tajuk-tajuk dan masa bagi setiap subjek dengan membuat jadual yang lengkap.

5. Mulakan dengan subjek-subjek yang mudah terlebih dahulu, kemudian barulah berpindah kepada subjek-subjek yang sukar.

6. Jangan tangguhlah kerja hari ini kepada esok hari. Hendaklah sentiasa mengulangkaji subjek yang pelajari pada hari yang sama.

7. Peruntukkan waktu yang mencukupi untuk berehat. Tetapkan satu hari setiap minggu bagi berehat dan berhibur.

8. Pilihkan tempat yang tenang dan jauh daripada sebarang gangguan serta ambil beratlah tentang masalah pencahayaan yang mencukupi, begitu juga dengan masalah kesihatan.

9. Cuba sedaya upaya untuk mengosongkan fikiran daripada sebarang permasalahan atau kesibukan sebelum mengulangkaji pelajaran.

10. Ambil beratlah tentang cara duduk yang betul iaitu belakang badan hendaklah lurus.

11. Segeralah pergi menunaikan sembahyang sebaik sahaja mendengar azan, kerana Allah swt tidak akan memberkati pekerjaan yang melalaikan daripada sembahyang.

12. Selangkan di antara satu subjek dengan subjek lain yang kita ulangkaji dengan satu kadar masa yang mencukupi untuk berehat.

Bagaimana Bersedia Menghadapi Peperiksaan

Dr ‘Ata Barakat berkata:

Agar bersedia untuk menghadapi peperiksaan, kit perlu melakukan dua perkara yang penting:

Pertama: Penguasaan yang baik

Ini berlaku melalui empat perkara berikut:

1.Terus mengulangkaji subjek yang dipelajari sepanjang tahun sebaik sahaja selepas mempelajarinya. Janganlah tangguhkan sedikitpun meskipun sedikit.

2. Ulangkaji pelajaran terdahulu sebelum memulakan pelajaran baru.

3. Melakukan ulangkaji mingguan dengan membaca semula secara pantas pelajaran-pelajaran yang sudah diulangkaji pada minggu tersebut.

4. Membuat ulangkaji pada masa cuti dan juga secara bulanan.

Kedua: Ulangkaji yang intensif sebelum peperiksaan

Ia juga boleh dilakukan melalui empat langkah berikut:

1. Menyusun segala maklumat di dalam fikiran kita dengan susunan yang baik dan sistematik.

2. Memilih waktu yang sesuai untuk mengulangkaji, iaitu setiap subjek mempunyai waktu yang khusus. Jika merasa jemu, boleh mula menyelesaikan soalan-soalan kira-kira (matematik).

3. Membuat jadual waktu yang baik dan tersusun agar setiap subjek mempunyai jangkamasa waktu yang sesuai dan tidak mengganggu waktu yang diperuntukkan untuk subjek yang lain.

4. Menjawab banyak soalan dan menyelesaikan banyak permasalahan terutamanya soalan-soalan yang sukar.

Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran

- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

Tuesday, January 13, 2009

Ya Allah Selamatkan Bumi Palestin

Sedih rasanya apabila melihat gambar di media cetak..Geram bercampur sedih melihat keadan mangsa-mangsa Israel laknatullah....Yang kanak-kanak menjadi yatim, sang ibu kehilangan anak, sang isteri kehilangan suami... Ya Allah! Hancurkan zionis Israel sebagaimana kau telah menghancurkan tentera bergajah..Ya Allah! Hantarlah tenteraMu seperti mana kau menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah!!! amin.......


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


WAJAH CERIA MAKTAB MAHMUD PENDANG 2009

TULISAN KHAT " MAKTAB MAHMUD PENDANG " DAN FALSAFAH PENDIDIKAN LAMBANG KECERIAAN 2009 MAKTAB MAHMUD PENDANG


HASIL KERJASAMA SEMUA PIHAK MAKA SIAPLAH SUDAH PENAMBAHAN SURAU MMPG


MAKTAB MAHMUD PENDANG SEKOLAH DALAM TAMAN




Monday, January 12, 2009

MUNAJAT UNTUKMU PALASTIN BERJAYA


UST. MAHADIR SEDANG MENYAMPAIKAN CERAMAH
TUAN PENGETUA MAKTAB MAHMUD PENDANG UST. SHAUKI BIK BIN MOHD KASIM SERTA GURU-GURU TURUT MENJAYAKAN MAJLIS MUNAJAT UNTUKMU PALASTIN

PELAJAR PUTERA SEDANG KHUSHUK MENDENGAR CERAMAH


PELAJAR PUTERI TURUT BERMUNAJAR



Pendang: Maktab Mahmud Pendang tidak ketinggalan dalam merasai penderitaan sahabat seagama kita di bumi Palastin yang sedang berada didalam ujian Allah S.W.T. Yahudi memang kejam , Yahudi memang ganas. Apakah ungkapan ini sahaja yang dapat kita ungkapkan ? Di manakah umat Islam ? Di manakah pemimpin-pemimpin Dunia Islam? Di manakah OIC ? Senyap,sunyi tanpa tindakan. Israil satu bangsa yang tidak kenal bahasa kutukan , tidak kenal erti demontrasi. Jawapannya, kita mesti bertindak lebih daripada kutuk dan berdemontrasi . Di samping munajat dan Qunut Nazilah adalah senjata kita yang tidak perlu dilupakan.

Thursday, January 8, 2009

PROGRAM MINGGU TAUTAN MAHABBAH


MUQADDIMAH

“ MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA” “ TAK KENAL MAKA TAK CINTA”
Dua ungkapan inilah yang mendorong pihak Maktab Mahmud Pendang menganjurkan ( TABAH ) Minggu Tautan Mahabbah bagi pelajar baru sesi pengajian 2009 ini. Biarlah para pelajar memahami apakah tujuan dan matlamat mereka kesini dari awal lagi sebelum ia menyentuh pena dan buku, dan juga akan terbinalah tautan kasih dan mahabbah sesama pelajar lama dan baru serta guru-guru dan staf Maktab Mahmud Pendang .

OBJEKTIF

 Mengenali Maktab Mahmud Pendang dengan lebih mendalam lagi.
 Memupuk rasa kecintaan kepada ilmu pengetahuan
 Menanamkan kecintaan kepada bahasa Arab sebagai bahasa Al Quran
 Membina ukhuwwah dan mahabbah dikalangan pelajar baru dan lama serta guru-guru dan staf .
 Membentuk akhlak dan jati di pelajar didalam mengharungi kehidupan yang lebin mencabar dimasa hadapan yang sejati

TARIKH & HARI
4 JANUARI HINGGA 10 JANUARI 2009
FASA 1 ( 4 JANUARI - 8 JANUARI ) & FASA 2 ( 8 JANUARI - 10 JANUARI )

TEMPAT
MAKTAB MAHMUD PENDANG

SASARAN
PELAJAR BARU TINGKATAN SATU

ANJURAN
MAKTAB MAHMUD PENDANG

KOORDINATOR PROGRAM

JAWATAN KUASA INDUK

PENAUNG : UST. MOHD SHAUKI BIK BIN MOHD KASIM

PENASIHAT : UST. SABARUDDIN BIN JAHYA
: UST. AHMAD LOTPI BIN ABD AZIZ

PENGARAH : UST. SALIM BIN MAHMOOD

TIMB. PENGARAH : USTZ. SUHANA BIN SUHUD

SETIAUSAHA : UST. RASHIDI BIN MOHD JAMIL


TEKNIKAL : UST. MOHD FIRDAUS ABU MANSOR
PERSEMBAHAN DANPERTANDINGAN : UST. AZUDDIN BIN SALEH
PENGISIAN : UST. SALIM BIN MAHMOOD
DISIPLIN : UST. MOHD. BUSHROL HADI BIN SUHAIMI
CENDERAHATI : CIKGU ZAWANI BINTI ZAKARIA
SUKAN : CIKGU MOHD. MAJIDI BIN CHE HARUN
TUGAS KHAS : UST RASHIDI BIN MOHD. JAMIL
: CIKGU RASHIDAH BINTI SAAD

YA ALLAH SELAMATKAN PALASTIN


DIMANAKAH?
SAHABAT DAN
SAUDARA SEAGAMA KAMI

SEHINGGA KINI
700 NYAWA TERKORBAN
3000 CEDERA
SEPARUHNYA ADALAH KANAK-KANAK DAN WANITA
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

KE
DATARAN MAKTAB MAHMUD PENDANG
BERMUNAJAT , SOLAT HAJAT DAN TAZKIRAH
OLEH : USTAZ MAHDZIR BIN AHMAD
MULA MAGHRIB BERJAMAAH
KHAMIS
8 JANUARI 2009
MEREKA ADALAH SAUDARA KITA
ANJURAN
BADAN DAKWAH DAN KEBAJIKAN MAKTAB MAHMUD PENDANG

Monday, January 5, 2009

Ahlan Wasahlan


Selamat datang kepada adik-adik Tingkatan 1 ke Maktab Mahmud Pendang....Dan kepada pelajar lain selamat kembali ke teratak ma'hadi..Semoga tahun ini kamu semua lebih cemerlang dari tahun yang sebelumnya...Belajarlah bersungguh selagi peluang belajar masih ada... Kerana saudara kita negara perang tak mampu untuk keapi nikmat menuntut ilmu..Dan jangan sombong kerana kita tak akan kemana..Melainkan semua kembali kpada yang Maha Adil.. Akhir sekali
" Be The Best, Among The Best"

KELUARGA SAKINAH….BAHAGIANYA………

Saya dah 2 kali dpt forwarded emel ini..
xtaula benar ke x kisahnya..tp yg penting kita amik pedoman..sbb skrg susah sgt nak jmpe famili cmni,
maybe 1 in a million..

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh dan saya malu dgn diri sendiri.
Cerita ini cerita benar yang diceritakan oleh seorang ustazah.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa.

Si suami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah.

Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH.

Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh.

Cerita tak berakhir di situ.
Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.
Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.
Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah).
Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi(yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat.

Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa...". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. .. bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...

Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

subhanallah...
Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...

Bagi saya, x cukup hanya mengharap anak2 menjadi soleh solehah spt ini, semuanya bermula dr ibu bapa..diri sendiri..
jgn sampai satu hari anak2 kita menyalahkan kita apabila terjebak ke dlm kebejatan akhlak..nauzubillahiminzaalik..
Baitul Muslim is not impossible..
We just have to make it real

semoga ada manfaatnya buat kita..