Friday, July 31, 2009

KURSUS PCM PBSM..

Tahniah kepada guru pengelola PBSM Ustaz Mohd Zaki , Cikgu Nurul Izzah & Cikgu Azlin telah berjaya mengadakan Kursus Pertolongan Cemas..

Peserta kursus diuji..untuk ikatan buku sila


taklimat CPR..


Asyiknya...

Jurulatih PBSM yang telah menjayakan kursus, terima kasih..

BENGKEL SKOR 'A'




Menjelang peperiksaan SPM 2009 Unit Kurikulum MMPG di bawah kendalian PK Akademik Ustaz Mohd Sabaruddin Bin Jahya telah mengadakan program yang dinamakan Bengkel Skor ‘ A’ di Pendang Lake Resort. Bengkel ini diadakan setiap tahun khusus untuk tingkatan 5 selama 3 hari 2 malam. Pelajar-pelajar yang terlibat seramai 44 orang.

Diantara subjek yang diberi keutamaan di dalam bengkel tersebut ialah BM, BI, BA, MATE,SAINS & EKONOMI.

Bengkel ini telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh Ketua Sektor Akademik Lembaga Maktab Mahmud iaitu Puan Rokiah Binti Mat Desa.


Tahniah kepada Pengarah Program Cikgu Mat Noh Hamzah dan guru-guru yang bersungguh-sungguh menjayakan Bengkel Skor ’A’ ini.





Terima kasih kepada penceramah-penceramah yang dijemput ke Bengkel ini. Moga Allah membalas jasa kalian.

Harapan kami warga pendidik MMPG semua peserta yang terlibat dapat mempraktikkan maklumat-maklumat yang diperolehi semasa bengkel yang diadakan selama 3 hari tersebut.


Para peserta sedang mendengar ceramah.


Terima kasih cikgu... Kami akan buktikan..


17'A' banyak sangat kot?


Pulang dengan seribu harapan & kejayaan..

Saturday, July 25, 2009

PEPERIKSAAN GEMPUR PMR,SMRAMM &SPM SERTA UJIAN BULANAN KALI KE-2


SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA PELAJAR. DIHARAPKAN KALIAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENDAPATKAN KEPUTUSAN YANG CEMERLANG..

Tarikh Mula peperiksaan : 26 Julai 2009 hingga 3 Ogos 2009
Tempat : Tingkatan 1 & 3 di Dewan MMPG
Tingkatan 2 , 4 & 5 Di kelas Masing-masing
Masa : Waktu persekolahan ( sila rujuk jadual peperiksaan di Papan Kenyataan )

SELAMAT MAJU JAYA

PERJUMPAAN FESTIVAL NASYID MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH

Khamis - 23 Julai 2009 telah diadakan perjumpaan Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana Festival Nasyid Maktab Mahmud Pendang.Terima kasih semua guru yang memberi komitmen dalam mesyuarat tersebut, walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti .






Diharapkan Festival ini dapat dijalankan dengan sebaik mungkin...

PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN DI ANTARA TINGKATAN



Pada sebelah petang hari yang berlaku gerhana matahari sekali lagi Badan Dakwah & Kebajikan telah mengadakan Pertandingan Tilawah Al-Quran setiap tingkatan.

Pertandingan dirasmikan oleh Tuan Pengetua Ustaz Mohd Shauki Bik & Juri-juri terdiri daripada Ustaz Salim Mahmood, Ustaz Mohd Wahidi Abdul Rahman & Ustaz Azuddin Hj Salleh.



Dalam pertandingan tersebut Adik Nor Zafirah dijemput memperdengarkan bacaannya dan beliau juga merupakan Johan dalam pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Maktab Mahmud Kedah dan Peringkat Sekolah-Sekolah Agama seluruh Kedah. Tahniah diucapkan.




Keputusan pertandingan pada hari tersebut , Saudara Fadzil Roshdan Bin Ahmad menjadi Johan .Tahniah diucapkan kepada beliau. Sekian..

Thursday, July 23, 2009

SOLAT GERHANA MATAHARI



Rabu - 22 Julai 2009 Semua Pelajar & Guru MMPG telah berkumpul Di surau Syeikh Abdul Majid untuk menunaikan solat sunat Gerhana Matahari yang berlaku pada pukul 8.30 pagi. Majlis ini dimulakan dengan taklimat solat sunat gerhana Matahari oleh Pengerusi Badan Dakwah & Kebajikan iaitu Saudara Mohd Luqman Bin Ahmad Tingkatan 5 Ikhlas dan Solat sunat ini diimamkan oleh Saudara Raid@Ismail Bin Roshidan Tingkatan 5 Ikhlas serta diikuti dengan bacaan khutbah yang disampaikan oleh Saudara Mohd.Azim bin Mohd Fadzil dari Tingkatan 4 Ikhlas.


Saudara Luqman sedang menyampaikan taklimat Solat sunat Gerhana


saudara Azim asyik membacakan khutbah.



Para pelajar sedang mendengar khutbah

Wednesday, July 22, 2009

PENGUMUMAN AKTIVITI

Kepada Semua pelajar MMPG,

1) Pelajar Tingkatan Lima akan mengikuti :
Bengkel Skor 'A'
Tempat : Pendang Lake Resort
Tarikh : 23,24 & 25 Julai 2009
Hari : Khamis, Jumaat & Sabtu

* Semoga Bengkel ini akan lebih memajukan anda dalam persediaan menghadapi peperiksaan SPM...Selamat Maju Jaya.

2)Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ( PBSMM )akan mengikuti :
KURSUS PERTOLONGAN CEMAS
Tempat : Maktab Mahmud Pendang
Tarikh : 23, 24& 25 Julai 2009
Hari : Khamis, Jumaat & Sabtu.

* Selamat Menjalani Ujian PCM. Semoga berjaya.Jangan lepaskan peluang ini...

Monday, July 20, 2009

MASALAH YANG SERING DIHADAPI...



Air...ohh...air... sampai bila...

SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ

Maktab Mahmud Pendang - 19 07 2009 telah berlangsung program Israk dan Mikraj peringkat MMPG . Badan Dakwah dan Kebajikan diberi amanah untuk menjayakan program ini. Penceramah pada hari itu ialah ustaz Mohd.Fauzi b Tahir, P.K. HEM Maktab Mahmud Kulim . Ceramahnya hebat ,menginsafkan .. rugi siapa 2 yang tidak mendengar.Program tersebut diadakan disurau Syeikh Abdul Majid MMPG kerana memberi laluan kepada oral BI calon persendirian menggunakan dewan.


Ketibaan Penceramah


Sedang menikmati juadah


Majlis dipengerusikan oleh Adik Mohd Farhan Rosli


Ustaz Mohd Fauzi sedang menyampaikan ceramah






Pada hari yang sama ramai diantara guru guru yang terpaksa memenuhi jemputan pihak lain, Tuan Pengetua ke sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar kerana hari anugerah cemerlang,Ustaz Lotpi dan Ustaz Hadi ke Bengkel Pemurniaan Peraturan Asrama, Ustaz Mad, Ustaz Salim, cikgu Yusri dan Sir Majidi bermesyuarat MBJ diMMAS .

Syabas kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Terima kasih

PIDATO PIALA PENGERUSI LMM KEDAH

Pada 16 Julai 2009 yang lalu Pidato Piala Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud telah berlangsung di Maktab Mahmud Langkawi. Semua Maktab Mahmud menghantar peserta masing-masing yang terdiri daripada peserta putera dan puteri dan ditemani seorang guru pengiring.Pagi Rabu mereka sudah berlepas dengan feri Royal Crystal dan mereka telah menginap di Hotel yang telah disediakan oleh Maktab Mahmud Langkawi.

Pertandingan berlangsung dengan begitu hebat. Hanya peserta yang berjaya memikat juri yang dinobatkan sebagai juara . Johan Pidato putera dimenangi oleh Maktab Mahmud Alor Star, Naib Johan dari Maktab Mahmud Yan manakala tempat Ketiga dimenangi oleh Adik Mohamad Alif Firdaus Dari Maktab Mahmud Pendang. Tahniah Adik Alif... Usaha Lagi.. Manakala Johan Pidato Puteri dimenangi oleh Maktab Mahmud Langkawi, Naib Johan dari Maktab Mahmud Yan dan Tempat yang ketiga dimenangi oleh Adik Samihah Binti Sukarno dari Maktab Mahmud Pendang. Teruskan lagi usaha...pasti berjaya.


Inilah Wajah pemenang-pemenang Pidato Piala Pengerusi LMM.


Begitu bersemangat Adik Alif menyampaikan pidatonya.


Penuh bergaya.... Adik Samihah Sukarno


Jasamu dikenang....


Kebanggaan MMPG...

puhhh... Tahniah ! pada semua yang terlibat, terutama pada Ustazah Noor Azani, Abang Abid, Abang Syazni dari KUIN yang banyak membantu kami... Moga Allah memberikan ganjaran yang terbaik untuk anda semua.

MMPG teruskan komitmen anda dalam Kurikulumdan juga Kokurikulum, pastikan kita ada nombor, jangan kira nombor berapa..satu..dua..tiga.. ?..Jangan lupa kita jadi tuan rumah untuk Festival Nasyid Maktab Mahmud Negeri Kedah Ogos nanti..pastikan kita lakukan yang terbaik untuk MMPG..

Sunday, July 12, 2009

MUSIM BUAH-BUAHAN KAMI BERPESTA LAGI...





Khamis malam Jumaat, Kami warga MMPG berkumpul lagi beramai-ramai kerana menyambut "PESTA BUAH-BUAHAN". Ini merupakan Tradisi Asrama MMPG bila tiba musim buah-buahan antaranya buah durian, rambutan, dokong dan manggis. Nasi, Mee dan Satay juga disajikan untuk juadah tetamu yang hadir..

Majlis bermula selepas solat maghrib, acaranya ringkas penuh bermakna. Bermula dengan ucapan aluan PK HEM Ustaz Lotpi, Pengerusi PIBG En.Daud Bin Omar seterusnya ucapan perasmian oleh Pengetua MMPG Ustaz Mohd Shauki Bik. Kehadiran cukup membanggakan kami selain daripada para guru serta ahli keluarga, staf-staf juga tidak ketinggalan memeriahkan malam penuh makna tersebut.

Ketika asyik menjamu selera kami disajikan dengan tayangan slide show kejayaan2 dan kenangan manis MMPG.

Sekalung tahniah buat Ketua Warden Ustaz Hadi, Warden-warden putera puteri, Pengusaha Kantin, Ajk2 Pelaksana Putera Puteri serta penghuni Asrama. Jasa baik anda semua tidaka akan dilupakan... sekian.