Wednesday, August 18, 2010

Memori terakhir bersama sahabat


Hari ini hujan renyai.Suasana agak sugul.Jiwaku tidak tenang, entah kenapa. Dari pagi lagi jiwa tak keruan. Buat tu tak kena , buat yang ni tak sedap hati.Ah, abaikan saja.Ya Allah, kuatkan hatiku!
Allah sayangkan dia
Seusai berbuka puasa, aku on kan henset. Banyak Sms yang masuk . Sms miscall banyak, msg dari sahabat2 Maktab Mahmud pun banyak.Di buka salah satu ;
“Salam takziah, kepada rakan-rakan yang mengenali Saudara Ezzat Nazmi, beliau telah kembali ke rahmatullah jam 7.30 malam di Hospital Sultanah Bahiyah.Al-fatihah”..
Allah.Allah. Air jernih menitis mengalir dari kelopak mata.Sebak.
22 Julai 2010 ; memori terakhir
Aku masih ingat lagi tarikh ini dan memori yang terukir pada malam tarikh ini. Setelah selesai konsert Soutul Harakah di Kolej Universiti Insaniah , aku dan akhi suhaimi di sapa al-marhum dan sahabat2 yang lain. Saling berpelukan.Erat sekali. Terubat juga kerinduan untuk bertemu semula dengan al-marhum dan sahabat-sahabat. Kami ke kedai berdekatan untuk berbual lebih panjang sambil menjamah sedikit minuman.
“ Pak Syeikh (Suhaimi)! Amin ! Jom kita pi minum2 dulu.Aduh, rindu betui dengan angpa.Bila lagi la kita boleh berjumpa?Dah la payah nak jumpa.tambah pak syeikh lagi la susah” Ezzat (al-Marhum) yang sudah bersedia di atas motor bersuara dengan nada bersahaja.
“Jom2x! Aku belanja.” Afif Sobri pula menawar.
Malam itu berlalu seperti biasa.Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.tidak sangka malam itu adalah malam terakhir aku menatap wajah putih dan mata al-marhum yang koko.
“ Pohon rimbun itu,
Yang tumbuh ketika dulu ,
Di bumi Ma’hadi yang tercinta,
Ia rendang,
Memayungi kepanasan bersama,
Batang pokoknya kuat,
Sekuat tali persaudaran,
Petang itu,
Rimbunan bergoyang,
Di tiup angin,
Agak deras,
Tatkala itu ,
Satu dedaun yang masih menghijau gugur,
Sujud ke tanah ,
Walau ia masih kehijauan,
Walau ia masih elok,
Apakah daya dedaun itu yang terpilih,
Moga sujud dedaun itu bertunas kebahagian di dunia baru…
Al-Fatihah buat al-Marhum Akhi Ezzat Nazmi.

(Ibnufathani ,
Rabu (Jam 7 pagi).
8 ramadhan 1431H/18 Ogos 2010)
Semoga ruh beliau Dilimpahi Rahmat dan RahimNYA, ALLAH جل جلاله dan ditempatkan bersama-sama para Shalihin dan KekasihNYA, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. amin

Tuesday, August 3, 2010

BENGKEL SKOR "A" SPM 2010

Tahniah kepada MMPG kerana berjaya melaksanakan Bengkel Skor " A " SPM untuk kali ke 3. Istimewanya kali ini Bengkel Skor "A" telah bergabung dengan SMA Islah Pendang untuk mengeratkan Silahturrahim.Terima kasih kepada semua yang terlibat.










SUASANA IDUL ILMI 2010








There was an error in this gadget