Sunday, April 19, 2009

PASUKAN BOLA TAMPAR MMPG TEMPAT KE 2 MSSK ( DAERAH PENDANG )

PENDANG SABTU 18 APRIL . Tahniah, kepada pasukan Bola Tampar maktab Mahmud Pendang telah mendapat tempat kedua peringkat daerah Pendang apabila pasukan dibawah pimpinan Ust. Bushrol Hadi itu kalah tipis dengan pasukan Sek. Men. Keb. Sungai Tiang set pertama 25 – 20 set kedua 20-25 dan set ketiga 13-15. Menurut ketua pasukan MMPG kekalahan disebabkan banyak kesilap yang dilakukan oleh pemain disamping perlawanan pihak lawan mempunyai kelebihan dari segi penonton kerana bermain disekolah mereka.

ZAFIRAH JOHAN QARIAH PERINGKAT MAKTAB MAHMUD

POKOK SENA KHAMIS 16 APRIL. Maktab Mahmud Pendang melakar lagi kejayaan mendapat tempat pertama didalam Musabaqah Al Quran peringkat Maktab Mahmud Kedah apabila adik Nor Zafirah Diana Zainuddin telah mendapat Johan Qariah sekaligus menundukkan johan menunggu Nor Labibah Zainuddin yang merupakan kakak kepadanya.Tahniah diucapkan kepada Keluarga Encik Zainuddin yang telah berjaya melahirkan dua qariah sekaligus.Manakala tempat pertama Qari disandang oleh adik Fawwaz dari Mahad Alor Setar. Qari Mahad Pendang Aiman Syafiq Zainuddin berpuas hati dengan keputusan tempat ke 5 peringkat Maktab Mahmud Kedah.