Thursday, August 20, 2009

SEMINAR SMRAMM 09

Selesai sudah seminar SMRAMM MMPG. Tahniah kepada Unit Kurikulum, Terima Kasih kepada guru-guru yang menjayakan Seminar ini samada guru dari MMPG @ guru yang dijemput dari Maahad Mahmud Daerah yang lain.
Tujuan diadakan Seminar ini adalah untuk memberi maklumat tentang teknik-teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan.
SMRAMM merupakan peperiksaan bagi pelajar tingkatan 4 untuk melayakkan mereka menduduki Peperiksaan STAM. Moga seminar yang diadakan ini dapat membantu para pelajar meneruskan kecemerlangan MMPG dalam Peperiksaan SMRAMM. Semoga berjaya dalam peperiksaan yang bakal tiba nanti....

RAMADHAN KAU DATANG LAGI..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saturday, August 15, 2009

PEMERIKSAAN & TAKLIMAT H1N1

Setakat ini MMPG negatif daripada jangkitan Virus H1N1, Alhamdulillah...
Walaupun demikian Pihak MMPG telah menjemput para pegawai kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Pendang untuk menjalankan pemeriksaan. Kunjungan mereka telah mendapat kerjasama daripada MMPG terutamanya para pelajar yang mengidapi demam, selsema dan batuk-batuk.

SESI PEMERIKSAAN










SESI TAKLIMAT PEGAWAI KESIHATAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH PENDANG






SEMINAR PMR

PMR menjelang tiba, langkah yang diusahakan oleh Unit Kurikulum baru sahaja berlalu. Seminar dijalankan di Bilik Tayangan MMPG merangkumi semua subjek kecuali KHB & Geografi. Guru berpengalaman dari sekolah-sekolah luar dijemput untuk memberikan maklumat-maklumat yang terbaik untuk pelajar-pelajar PMR 2009.
Semoga dengan usaha yang dijalankan ini tidak dipersia-siakan begitu sahaja. Terima Kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Seminar ini.







Thursday, August 13, 2009

BANGUNAN MMPG DINAIK TARAF

Bangunan Akademik MMPG yang terletak berhampiran dengan padang bola jaring akan berwajah baru kerana kerja-kerja naik taraf sedang dijalankan. Pemasangan bumbung dan atap telahpun siap sepenuhnya.
Semoga dengan sempurnanya kerja-kerja yang sedang dijalankan itu, P & P MMPG dapat berjalan dengan lebih lancar lagi. Terima Kasih kepada semua yang menggerakkan idea ke arah itu.




Friday, August 7, 2009

SEMINAR PMR 2009

Untuk Makluman semua Warga Pendidik , Waris & pelajar Unit Kurikulum MMPG akan mengadakan Seminar PMR .Maklumat lanjut seperti berikut :

Tarikh : 9 hingga 13 Ogos 2009
Hari : Ahad hingga Khamis
Tempat : Bilik Tayangan MMPG
Masa : Sila rujuk Jadual di papan kenyataan sekolah.

Diharapkan semua pelajar dapat memanfaatkan peluang keemasan ini dengan sebaiknya.

PEMANTAPAN SYAKHSIAH REMAJA ISLAM

Kem Pemantapan Syakhsiah Remaja Islam telah diadakan di Villa Kasih Ibu milik Tuan Hj Sakri. Kem tersebut dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam PPD pendang selama dua hari satu malam. Terima kasih kerana menjemput kami Maktab Mahmud Pendang.



Wednesday, August 5, 2009

Jom memasak bersama...PPIM

Walaupun hujan, Alhamdulillah pertandingan dapat dijalankan dengan jayanya... Tahniah kepada guru pengelola PPIM Ustazah Juhaida Mohd Sofi, Ustazah Noor Azani Jamaluddin & Teacher Fadhlina Mhd Zaki.Di antara masakan yang dipertandingan hari ini ialah "Mee".





Peserta-peserta begitu memberi komitmen terhadap pertandingan yang diadakan.

Pertandingan turut disaksikan oleh Pengetua,PK HEm,guru-guru pengelola dan lain-lain untuk memeriahkan pertandingan ini.





Pertandingan diadili oleh juri yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Mohammad Bushrol Hadi & Teacher Nurul Izzah.





Inilah diantara hasil masakan para peserta...mmm..sedap

Syabas diucapkan kepada Kumpulan 6 yang mendapat tempat yang Pertama , ahlinya terdiri dpd Nor Azean Shaheerah,Aisyah Mohd Noor & Iffah Samihah

Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan 8 yang diketuai oleh Nor Syazeera

Tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan 7 yg terdiri dpd Nur Syuhada,Fidak & Nur Asyikin.