Monday, November 1, 2010

Kem Anak Soleh berjalan lancar

Dari blog Mohd Amin Suhamin @ Ibnufathani

Alhamdulillah, selesai sudah Kem Anak Soleh anjuran PIBG Maktab Mahmud Pendang. Satu lagi program yang berkonsepkan pembangunan insan telah berjaya mecipta kenangan yang sangat berguna.Terima kasih kepada guru-guru terutamanya Ustaz Shauki Bik selaku Mudir Ma'hadi tercinta yang sudi menjemput sahabt-sahabat lepasan MMPG untuk turut serta menabur benai dakwah dan tarbiyah di bumi waqafan tercinta.

Program yang berlangsung selama 3 hari meyaksikan satu perubahan yang memuaskan. Perubahan yang dimaksudkan adalah dari sudut persepsi masyarakat. kalau dulu, pernah pengalaman penulis sendiri, segelintir pak cik2 pernah mencemuh konon2nya program seperti ini langsung tidak manfaat , buang masa.Entah la,pemikiran macam ni pun ada gak ka..Hmm , kadang-kadang panas juga telinga yang mendengar.Tapi alhamdulillah, gembiranya hati seusai program, masing2 waris kepada peserta merakamkan jutaan terima kasih.Tak kurang juga, ada yang mengalakkan program sebegini selalu diadakan.Alhamdulillah.

Semoga diri ini dan para aktivis program tarbawi teguh dengan agenda masing-masing bagi melakar biah solehah..Insyallah.

Di bawah ini , saya sertakan sedikit video yang dihasilkan untuk majlis perasmian penutup dalam program tersebut.Selamat menonton, semoga bermanfaat.


No comments:

There was an error in this gadget