Friday, October 16, 2009

DOA UNTUKMU ANAKANDA..

Pada Khamis yang lalu, bertempat di Musolla Syeikh Abdul Majid telah berlangsung Majlis Bacaan Yaasin khusus untuk pelajar tingkatan 5 . Tujuan utama diadakan Majlis ini adalah untuk menyuntik semangat & motivasi kepada pelajar tingkatan 5 untuk menghadapi SPM yang bakal tiba . Selepas solat zohor berjemaah para waris & calon-calon SPM menyempurnakan pengisian seterusnya dengan membaca Surah Yaasin.

Harapan kita agar limpahan rahmat dari Allah Taala dikurniakan kepada semua yang bersungguh-sungguh bermunajat kepada-Nya. Tuan Pengetua sendiri yang menjadi Khalifah ketika bacaan Surah Yaasin. Terima kasih kepada semua yang hadir, semoga segala amalan yang dilaksanakan ini tersimpan di dalam catatan amal tuan-tuan & puan-puan.






No comments: