Thursday, September 24, 2009

SALAM LEBARAN AIDILFITRI DARI GURU MMPG




Selamat Hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat semua Warga MMPG. Jangan lupa membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang bakal ditempuhi, sama-sama kita meneruskan puasa Syawal.


Selama kita bersama di MMPG , sudah pasti tidak dapat mengelak dari salah & silap . Terasa di sini, terasa di sana. Meluat di sana sini. Menyampah di sini sana. Kita tidak mampu mengelak diri dari semua ini. Inilah kehidupan bersama di dalam satu keluarga , Usrah MMPG . Namun, Hari Keramat ini, Hari raya, Saya insan yang bersalah ini mohon dan memohon dari warga MMPG agar kesalahan - kesalahan silam dimaafkan. Terima kasih.
SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR DAN BATIN



أتقدم بكل الحب التهنئة واجبة لكل أحبابي أعضاء ومشرفي معهدنا الحبيب وطلابه جميعا بمناسبة حلول عيد الفطر المبارك أعاده الله علينا وعليكم بالخير واليمن والبركات وأتمنى من الله العلى القدير أن يتقبل صيامنا وقيامنا وصالح أعمالنا أن تكون مم أعتقت رقبتهم من النار في شهر رمضان المبارك .
" وكل عام وحضراتكم جميعا بخير



الحمد لله ، سضل فوجي باضي الله فنخيفتا سكلين عالم ، صلواة دان سلام كأتس نبي جونجوغن بسر محمد صلى الله عليه وسلم دان كأتس كلوارضا بضيندا دان صحابة سلوروهث. دكسمفتن اين ساي مموهون كمعافن دري سموا صحابة دأتس كسيلفن دان دوسا ساي كفد صحابة سكلين سمأدا يغ دسدري أتو تيدق. دكسمفتن اين جوضا ساي مغوخفكن سلامة مثمبوت هاري راي عيد الفطري معاف ظاهير دان باطين. موده – مودهن رمضان فد كالي اين كيت سموا برأوليه كأمفونن دان كتقوأن درفد الله سبحانه وتعالى. موده – مودهن الله فرتموكن لاضي دغن رمضان تاهون هادفن. آمين يا رب العالمين . سكين والسلام .


Enak sungguh jus pegaga,
Minum bersama nira kelapa,
Raya-rayalah juga,
Ibadat jangan la lupa.

Makan sahur ikan bawal,
Kuih tat banyak inti,
Selamat datang bulan Syawal,
Ramadhan terus diingati.

Serbuk kurma serbuk kari,
Tepung gandum tepung kanji,
Selamat Raya Aidilfitri,
Kepada semua warga MMPG.

Rendang daging serunding ikan,
Baju cantik ‘ kopiah’ bergaya,
Ampun maaf saya hulurkan,
Bagi la sikit duit raya.


Jangan cemarkan Ramadhan di hari raya dan selamat Hari Raya Aidilfitri Minal aidil wal faizin kepada semua guru, staf serta pelajar MMPG.


Selaut kesyukuran Tuhan rabbul ‘Izzati, Selawat dan salam junjungan kekasih teragung Rasulullah S.A.W. . Selamat menyambut hari lebaran buat pelajar MMPG yang tercinta. Turut tidak terkecuali kepada ahli keluarga, tuan pengetua, rakan-rakan seperjuangan, staf-staf, pengawal keselamatan, kak Ani, Pak Yieh dan semua yang terlibat. Moga-moga Ramadhan yang berlalu mampu mencetus suntikan semangat membara di bulan Syawal dan hari-hari mendatang , InsyaAllah.Akhir kalam, kemaafan zahir dan batin, salah silap terdahulu dipinta dari insane kerdil. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.


sEMPENA hARI yANG mULIA InI, sAYa mEMoHON kEaMPuNaN aTAS sEGAlA kESiLaPaN sAyA kEpAdA wARgA MMPG, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR & BATIN.


كان مدرسة التأديب والتهذيب ، ومدرسة الطهر والأخلاق ، ومدرسة المعرفة والرضوان ومدرسة القناعة والإحساب والتقى . وها هو قد مر مع الأيام مر السحاب ، وذهب ومضى وانقضى بدون شعور ولا حساب . وارتحل يودّع أحبابه الذين استقبلوه بفارغ الصبر والشوق والحنين...
فهَل استفدنا من الصوم ؟ وتأملنا روحانيته ؟ وتدبرنا فيه مراقبة الله وخشيته ؟ وهل اتقينا الله فيه حق تقاته ؟
وكل أيامنا تنقض وأعمارنا ننتهى ولم ننتبه للعبر ، ولم نلتفت للتذكر ، وما يتذكر إلا أولوا الألباب .
إخوتي وأخواتي وطلبتي الأحباء
وبهذه المناسبة السعيدة أقدم أطيب التهاني بالعيد المبارك لجميع أفراد أسرتي الكريمة وأفراد المعهد المحمود فندغ وعلى من عرفني حيثما كنتم . وادعو الله أن يجعل أيامنا أيام هناء وفرح بهجة مغمورة بالسعادة والتوفيق " من العائدين والفائزين وكل عام وأنتم بخير "


Ramadhan hampir melabuhkan tirai, Syawal senyum menanti. Antara hari-hari sebelumnya, barangkali tanpa disedari kita sering terusik dan tersa dengan pelbagai cara. Namun, atas sifat semulajadi seorang muslim , kita masih mampu tersenyum dan berpandangan. Barangkali saya juga tidak terkecuali. Dikesempatan ini , saya menitipkan rasa ingatan, doa dan genggaman kemaafan zahir dan batin. Selamat Hari Raya Aidilfitri.



Salam Aidilfitri untuk semua muslimin dan muslimat. Maaf zahir dan batin. Mari lengkapi kemenangan dan saling memaafkan.



Ramadhan datang, Ramadhan pergi . Semoga dapat bertemu lagi. Syawal pula datang menyeri. Harapan tinggi, semoga amalan diterima Ilahi. Dikesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sepuluh jari disusun tanda kemaafan dipohon.


Alhamdulillah dengan limpah kurnia Allah. Kita masih diberi kesempatan untuk berpuasa dan menyambut hari raya pada tahun ini. Semoga kedatangan Aidilfitri menjadikan kita hambaNya yang bersyukur. Di kesempatan ini juga, jutaan kemaafan dipohon dari warga MMPG, jika terdapat salah dan silap.
Semoga Syawal ini membawa seribu rahmat dan kebahagiaan buat semua.




Ampun maaf andainya terkasar bahasa tersilap bicara, marah yang tak kena, tersasul yang tak sengaja, tertanya yang tak tentu hala. Semoga dimaafkan. Selamat Hari Lebaran, Maaf Zahir Dan Batin,
كل عام وأنتم بخير



Salam Aidilfitri buat seluruh warga MMPG 2009 . Semoga lebaran tahun ini akan membawa sinar kehidupan yang cemerlang untuk kita semua. Sambutlah Aidilfitri dengan penuh kesyukuran… Ampun maaf dipinta… semoga bahagia dihari berbahagia… Maaf Zahir dan Batin


Salam Aidilfitri buat rakan seperjuangan di MMPG. Azani mengucapkan salam lebaran buat guru – guru , staf dan pelajar MMPG . Dikesempatan yang mulia ini, Azani menyusun sepuluh jari tanda memohon beribu kemaafan kepada semua andai selama Azani berkhidmat di MMPG ini , Azani banyak membuat kesalahan yang disedari atau tidak disedari.
Jemputlah datang ke rumah pada hari lebaran nanti. Terima kasih kepada guru-guru semua kerana banyak member tunjuk ajar kepada Azani selama berkhidmat di sini.
“Salam Kemaafan dari Azani “


Salam sejahtera , Selamat menyambut aidilfitri buat warga MMPG serta anak-anak didik yang dikasihi, semoga Ramadhan yang berlalu menimbulkan keinsafan dan beroleh rahmat dan keberkatan. Sambutlah Syawal dengan penuh kesyukuran, maaf zahir dan batin.



Sedihnya Ramadhan dah nak berlalu… entah jumpa lagi atau tidak bulan yang mulia ini tahun depan. InsyaAllah, murah rezeki dan ada jodoh serta panjang umur, kita jumpa Ramadhan lagi tahun hadapan. Apapun, selamat dating Syawal ! Salam Aidilfitri buat warga MMPG , mohon ampun zahir dan batin


Semoga Ramadhan Yang telah berlalu pergi menghadiahkan maghfirah & rahmat Allah kepada kita semua. Kini, Idulfitri kita sambut bersama, inilah anugerahNya. Di hari Lebaran yang mulia ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari anda semua Usrah MMPG. Selamat Hari Raya Idulfitri Maaf Zahir & Batin.


Selamat Hari Raya Aidulfitri, Maaf Zahir & Batin. Semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia & akhirat.

No comments: