Sunday, July 12, 2009

MUSIM BUAH-BUAHAN KAMI BERPESTA LAGI...





Khamis malam Jumaat, Kami warga MMPG berkumpul lagi beramai-ramai kerana menyambut "PESTA BUAH-BUAHAN". Ini merupakan Tradisi Asrama MMPG bila tiba musim buah-buahan antaranya buah durian, rambutan, dokong dan manggis. Nasi, Mee dan Satay juga disajikan untuk juadah tetamu yang hadir..

Majlis bermula selepas solat maghrib, acaranya ringkas penuh bermakna. Bermula dengan ucapan aluan PK HEM Ustaz Lotpi, Pengerusi PIBG En.Daud Bin Omar seterusnya ucapan perasmian oleh Pengetua MMPG Ustaz Mohd Shauki Bik. Kehadiran cukup membanggakan kami selain daripada para guru serta ahli keluarga, staf-staf juga tidak ketinggalan memeriahkan malam penuh makna tersebut.

Ketika asyik menjamu selera kami disajikan dengan tayangan slide show kejayaan2 dan kenangan manis MMPG.

Sekalung tahniah buat Ketua Warden Ustaz Hadi, Warden-warden putera puteri, Pengusaha Kantin, Ajk2 Pelaksana Putera Puteri serta penghuni Asrama. Jasa baik anda semua tidaka akan dilupakan... sekian.

1 comment:

azri said...

pesta 2 mmg best... tapi ana x dapt satay.. geram gila..!!