Monday, October 5, 2009

FESTIVAL NASYID MA'AHAD KALI KE-3 2009

Rabu - 30 September 2009 Festival Nasyid Ma'ahad Kali Ke-3 dapat diadakan juga setelah ditunda tarikhnya kerana wabak H1N1. Maktab Mahmud Pendang diamanahkan sebagai tuan rumah untuk menganjurkan Festival ini. Terima kasih Unit Kokurikulum Lembaga Maktab Mahmud(LMM), ini satu penghormatan buat kami seluruh warga MMPG, Kumpulan Nasyid yang telah menyertai Festivalini terdiri daripada Zulfaqar (MMPG), Al-Zikr (MMPS), Ikhwanul Jadid (MMAS), An-Nahwand(MMY), Shoutul Firdaus(MMLW), Al-Ridzwan(MMMK), Ma'ahad Muslim( MMKM), Al-Ikhwan(MMSK), Shoutus Syabab(MMBG), Az-Zumar (MMPT), Firhan(MMKL) & Izzwan(MMBB).

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dato' Wira Sheikh Yahaya Bin Jusoh DGMK.,DSDK.,BCK merupakan Ketua Hakim Mahkamah Syari'yah Negeri Kedah merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud.

Keputusan pertandingan telah diumumkan oleh Ketua Unit Kokurikulum LMM Puan Jufriyah Bt Ahmad Johan : Zulfaqar (MMPG), Naib Johan : Al-Zikri (MMPS) & tempat Ke-3 : Ikhwanul Jadid (MMAS).

Syabas & Tahniah kepada yang berjaya dan yang kurang bernasib baik cuba lagi di masa akan datang.Terima kasih kepada tetamu yang hadir.MMPG memohon maaf seandainya ketidaksempurnaan sepanjang Festival berlangsung.

No comments: