Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts

Monday, November 1, 2010

Kem Anak Soleh berjalan lancar

Dari blog Mohd Amin Suhamin @ Ibnufathani

Alhamdulillah, selesai sudah Kem Anak Soleh anjuran PIBG Maktab Mahmud Pendang. Satu lagi program yang berkonsepkan pembangunan insan telah berjaya mecipta kenangan yang sangat berguna.Terima kasih kepada guru-guru terutamanya Ustaz Shauki Bik selaku Mudir Ma'hadi tercinta yang sudi menjemput sahabt-sahabat lepasan MMPG untuk turut serta menabur benai dakwah dan tarbiyah di bumi waqafan tercinta.

Program yang berlangsung selama 3 hari meyaksikan satu perubahan yang memuaskan. Perubahan yang dimaksudkan adalah dari sudut persepsi masyarakat. kalau dulu, pernah pengalaman penulis sendiri, segelintir pak cik2 pernah mencemuh konon2nya program seperti ini langsung tidak manfaat , buang masa.Entah la,pemikiran macam ni pun ada gak ka..Hmm , kadang-kadang panas juga telinga yang mendengar.Tapi alhamdulillah, gembiranya hati seusai program, masing2 waris kepada peserta merakamkan jutaan terima kasih.Tak kurang juga, ada yang mengalakkan program sebegini selalu diadakan.Alhamdulillah.

Semoga diri ini dan para aktivis program tarbawi teguh dengan agenda masing-masing bagi melakar biah solehah..Insyallah.

Di bawah ini , saya sertakan sedikit video yang dihasilkan untuk majlis perasmian penutup dalam program tersebut.Selamat menonton, semoga bermanfaat.


Tuesday, August 3, 2010

BENGKEL SKOR "A" SPM 2010

Tahniah kepada MMPG kerana berjaya melaksanakan Bengkel Skor " A " SPM untuk kali ke 3. Istimewanya kali ini Bengkel Skor "A" telah bergabung dengan SMA Islah Pendang untuk mengeratkan Silahturrahim.Terima kasih kepada semua yang terlibat.










Sunday, September 20, 2009

PROGRAM WIDA' RAMADHAN

Taniah diucapkan kepada Badan Dakwah & Kebajikan MMPG kerana berjaya menganjurkan Program Wida' Ramadhan . Terima kasih kepada Ustaz Zainul Asri kerana sudi meluangkan masa sebagai Penceramah bagi program tersebut.Diantara perkara yang disentuh dalam ceramah beliau adalah tentang Lailatul Qadar , penghayatan Bualan Ramadhan dan sebagainya. Ceramah beliau amat menyentuh hati sidang pendengar pada hari tersebut.
Alhamdulillah, Program diteruskan walaupun menghadapi gangguan Elektrik pada waktu tersebut.





Monday, July 20, 2009

SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ

Maktab Mahmud Pendang - 19 07 2009 telah berlangsung program Israk dan Mikraj peringkat MMPG . Badan Dakwah dan Kebajikan diberi amanah untuk menjayakan program ini. Penceramah pada hari itu ialah ustaz Mohd.Fauzi b Tahir, P.K. HEM Maktab Mahmud Kulim . Ceramahnya hebat ,menginsafkan .. rugi siapa 2 yang tidak mendengar.Program tersebut diadakan disurau Syeikh Abdul Majid MMPG kerana memberi laluan kepada oral BI calon persendirian menggunakan dewan.


Ketibaan Penceramah


Sedang menikmati juadah


Majlis dipengerusikan oleh Adik Mohd Farhan Rosli


Ustaz Mohd Fauzi sedang menyampaikan ceramah






Pada hari yang sama ramai diantara guru guru yang terpaksa memenuhi jemputan pihak lain, Tuan Pengetua ke sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar kerana hari anugerah cemerlang,Ustaz Lotpi dan Ustaz Hadi ke Bengkel Pemurniaan Peraturan Asrama, Ustaz Mad, Ustaz Salim, cikgu Yusri dan Sir Majidi bermesyuarat MBJ diMMAS .

Syabas kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Terima kasih