Friday, October 16, 2009

RUMAH TERBUKA ASRAMA MMPG



Rabu-14 Oktober 2009 Asrama MMPG telah mengadakan " Rumah Terbuka Asrama MMPG ". Majlis ini diadakan sebaik sahaja warga MMPG selesai menunaikan " Puasa Syawal Bersama " yang telah dilancarkan oleh Ketua Warden Ustaz Mohammad Bushrol Hadi pada 4.10.2009 hingga 9.10.2009.
Tahniah kepada semua yang telah menyahut seruan ini, Terima kasih kepada semua pelajar Tingkatan 3 yang turut membantu menjayakan majlis ini.
Setelah selesai ucapan ringkas Pengetua dalam majlis ini, semua warga MMPG menikmati juadah yang disajikan . Antaranya satay, ketupat, lemang, nasi impit, lontong dan lain-lain.
Harapan agar majlis seperti ini dapat diadakn lagi pada masa depan.








Wednesday, October 14, 2009

MAJLIS MERAIKAN KEJAYAAN..

Badan Kebudayaan & Kesenian MMPG telah mengambil inisiatif bagi meraikan kejayaan kumpulan Nasyid Putera & Puteri dengan mengadakan Majlis Jamuan tengahari di Sala Klasik. Tuan Pengetua, PK Akademik, PK HEM, Guru-guru, Anggota-anggota Kumpulan Nasyid & Tetamu Khas kami Ustaz Zamri Al-Kandisi selaku juru latih seumur hidup MMPG semuanya hadir memeriahkan suasana..
Majlis diserikan dengan ucapan Tuan Pengetua & Ustaz Zamri Al-Kandisi dan Sir Majidi selaku pengerusi. Kemerduan ZulFaqar dan Kelunakan AisyatulHumaira' menambahkan lagi keenakan juadah dan selera tetamu. Syabas MMPG..