Monday, July 20, 2009

PIDATO PIALA PENGERUSI LMM KEDAH

Pada 16 Julai 2009 yang lalu Pidato Piala Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud telah berlangsung di Maktab Mahmud Langkawi. Semua Maktab Mahmud menghantar peserta masing-masing yang terdiri daripada peserta putera dan puteri dan ditemani seorang guru pengiring.Pagi Rabu mereka sudah berlepas dengan feri Royal Crystal dan mereka telah menginap di Hotel yang telah disediakan oleh Maktab Mahmud Langkawi.

Pertandingan berlangsung dengan begitu hebat. Hanya peserta yang berjaya memikat juri yang dinobatkan sebagai juara . Johan Pidato putera dimenangi oleh Maktab Mahmud Alor Star, Naib Johan dari Maktab Mahmud Yan manakala tempat Ketiga dimenangi oleh Adik Mohamad Alif Firdaus Dari Maktab Mahmud Pendang. Tahniah Adik Alif... Usaha Lagi.. Manakala Johan Pidato Puteri dimenangi oleh Maktab Mahmud Langkawi, Naib Johan dari Maktab Mahmud Yan dan Tempat yang ketiga dimenangi oleh Adik Samihah Binti Sukarno dari Maktab Mahmud Pendang. Teruskan lagi usaha...pasti berjaya.


Inilah Wajah pemenang-pemenang Pidato Piala Pengerusi LMM.


Begitu bersemangat Adik Alif menyampaikan pidatonya.


Penuh bergaya.... Adik Samihah Sukarno


Jasamu dikenang....


Kebanggaan MMPG...

puhhh... Tahniah ! pada semua yang terlibat, terutama pada Ustazah Noor Azani, Abang Abid, Abang Syazni dari KUIN yang banyak membantu kami... Moga Allah memberikan ganjaran yang terbaik untuk anda semua.

MMPG teruskan komitmen anda dalam Kurikulumdan juga Kokurikulum, pastikan kita ada nombor, jangan kira nombor berapa..satu..dua..tiga.. ?..Jangan lupa kita jadi tuan rumah untuk Festival Nasyid Maktab Mahmud Negeri Kedah Ogos nanti..pastikan kita lakukan yang terbaik untuk MMPG..

Sunday, July 12, 2009

MUSIM BUAH-BUAHAN KAMI BERPESTA LAGI...





Khamis malam Jumaat, Kami warga MMPG berkumpul lagi beramai-ramai kerana menyambut "PESTA BUAH-BUAHAN". Ini merupakan Tradisi Asrama MMPG bila tiba musim buah-buahan antaranya buah durian, rambutan, dokong dan manggis. Nasi, Mee dan Satay juga disajikan untuk juadah tetamu yang hadir..

Majlis bermula selepas solat maghrib, acaranya ringkas penuh bermakna. Bermula dengan ucapan aluan PK HEM Ustaz Lotpi, Pengerusi PIBG En.Daud Bin Omar seterusnya ucapan perasmian oleh Pengetua MMPG Ustaz Mohd Shauki Bik. Kehadiran cukup membanggakan kami selain daripada para guru serta ahli keluarga, staf-staf juga tidak ketinggalan memeriahkan malam penuh makna tersebut.

Ketika asyik menjamu selera kami disajikan dengan tayangan slide show kejayaan2 dan kenangan manis MMPG.

Sekalung tahniah buat Ketua Warden Ustaz Hadi, Warden-warden putera puteri, Pengusaha Kantin, Ajk2 Pelaksana Putera Puteri serta penghuni Asrama. Jasa baik anda semua tidaka akan dilupakan... sekian.